Syukur Alhamdulillah,kami telah menikmati sambutan Aidil Adha dengan gembira. silaturrahim di antara sanak saudara dan jiran tetangga dapat dipereratkan pada raya ini. Juadah tradisi mesti dihidangkan, ketupat (ketupat pulut daun palas), lemang dan rendang. Kami pakat-pakat memasak ...laksa dan nasi himpit juga ada. Kuih muih juga dihidangkan.
Istimewanya kali ini, kami menempah kek Kak Noor Paya Keladan. Ini bagi meraikan kehadiran tetamu yang istimewa bagi kami, iaitu anak angkat makcik,seorang wanita mualaf Cina Muslim. Anak angkat makcik teringin benar merasai sambutan aidil adha bersama ibu bapa kami di tanah rancangan.
Apabila mendengar jawapan itu Hajar terdiam. Beliau pasrah. Hajar berusaha menenangkan hatinya dengan berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau begitu, tentulah Tuhan tidak akan mensia-siakan kami!”
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan solat dan jadikanlah hati-hati sebahagian manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami terang-terangkan, dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun, baik yang di bumi atau yang di langit.” (Surah Ibrahim, ayat 37-38).
Selesai berdoa Ibrahim pun meneruskan perjalanannya kembali ke bumi Palestin. Tinggallah Hajar sendirian bersama bayinya, Ismail, yang menyerahkan diri dan kehidupan mereka sepenuhnya kepada Allah.
17 comments:
salam aidiladha... tak pernah rasa pulak ketupat bersalut kacang...
salam aidiladha... tak pernah rasa pulak ketupat bersalut kacang...
Selamat Hari Raya Aidiladha
Nikmatnya suasana yang tenang jauh dari kesibukan kota dengan udara yang segar di setiap penjuru.
Di tambah juga dengan kuih muih yang sedap dan menyelerakan.
Selamat Bercuti semoga bergembira di hari raya.
salam aidiladha... tak pernah rasa pulak ketupat bersalut kacang...
Naz Ilyn;
salam Aidil Adha untuk akak. maaf saya tersalah taip. Yang sebenarnya ketupat berinti kacang. Saya dah betulkan.
Azril;Salam Aidl Adha juga untuk Saudara Azril sekeluarga.Alhamdulillah suasana desa yang tenang dan damai memberikan rasa kebahagiaan.
waahh..banyak nyer menu akak. sedap2 lak tuh! salam aidil adha ye kak...
salam aidiladha ummu masyitah..
meriahnyer sambutan siap kueh raya lg tu..
eh ketupat tu ketupat palas yg ader kacang warna merah tu ekk...
sure sedap kan..
sy plak dok dlm bilik je sbb tak sihat.. sedara dtg pun sy tak bg masuk bilik sbb rasa cam busuk
tapi dorang paham
terharunya akak gambar biskut dan kek akak ada dalam sini.....
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan semoga semua dibawah rahmah Allah
Terima kasih atas sokongan Mas dan suami ye
assalammualaikum
ketupat kacang?
first time dengar...
kacang apa ya?
wah!nampak meriah menyambut raya...akak suka ketupat inti kacang tu..biasanya org belah utara masak gitu..!!
Salam Eidil Adha Ummu,
Banyak gak persiapan tu....
bersyukurlah kita diberikan kemewahan dgn rezeki yg pelbagai..
Alhamdulillah
wah meriah sungguh raya korban disana.
Salam wat kawan-kawan semua. TQ ya for drop by. Maaf lambat reply. Anak-anak kami demam panas.
Ita;Alhamdulillah..Ita.TQ tau datang sini. salam aidil adha juga
Fisa;TQ Fisa,salam aidiladha juga.
betul tu Fisa,ada yang kacang warna merah tu ada yang kacang coklat. saya tukang tengok je..Tak tolong pun..
Maiyah;takpe Maiyah. Moga-moga suatu masa nanti maiyah dapat merasai sambutan raya kembali lagi.saya duduk dengan mertua Maiyah. Saya kena keluar juga.
Kak Noor, Terima kasih juga akak sudi bersusah payah menyiapkan tempahan last minutes kami tu ya. Raya aidifitri tahun depan akak buat tak biskut raya tu?
a kl citizen;Cikgu Normah; ketupat pulut tu dimasukkan juga kacang warna merah tu atau kacang tanah kalau kacang merash tu takde.
Adik saya yang datang beraya di sini,dari Johor pun suka. semput ke tak semput ke,dia makan je.
Betul tu Kak Hai,Orang utara memang suka ketupat lagu ni. :).
Echam,begitulah adatnya kalau saya beraya kat kampung suami ni. Jiran tetangga pun bertukar juadah.
LanaBulu;ALhamdulillahirabbil'alamin syukur saya pada Allah. Mungkin ni berkat doa kawan-kawan semua dan abang long.
Zue;Alhamdulillah Zue.
kek simple tp nampak sweet,tiba2 teringin pulak nak makan kek,ehehe..
Post a Comment