Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, January 14, 2010

Kasih sayang

kasih sayang sejati


Melewati fasa sebagai isteri dan ibu, saya tersentuh pada bicara 2 orang followers saya tentang ibu. Samada perasaan seorang ibu dan perasaan seorang anak terhadap ibunya.

Coretan seorang ibu, Ita  membuatkan hati keibuan saya tersentuh. Bagaimana ingin saya luahkan? Tak terluah untuk saya lafazkan. Namun perkongsian Ita membuatkan saya semakin memahami, bahawa hidup ini hanyalah pentas dunia yang penuh dugaan dan cabaran; samada berbentuk kegembiraan mahupun kesempitan rasa.

Walau apa yang berlaku, kasih ibu kasih sejati. Kasih ibu membawa ke syurga. kasih ibu bukan hanya waktu kaya raya malah ketika ditimpa bala bencana. Kasih ibu tak mengenal waktu dan situasi. Subhanallah. Hebatnya ciptaan Allah terhadap Hawa ini....

Pernah berhadapan dengan para ibu dan penjaga yang mempunyai anak istimewa anugerah Allah Yang Maha Esa, membuatkan kadang kala saya tersasar dari rasa emphati menjadi simpati. ya,kerana saya pun manusia biasa ciptaan Allah Maha Esa.Betapa tabah dan kuatnya hati ibu-ibu ini. Pernah juga saya saksikan dalam satu kelas itu, terdapat 2 pelajar istimewa dari seibu dan sebapa. Ketika saya melihat wajah ibubapa ini...walau terukir senyuman, namun kepahitan hanya mereka yang mengerti.Allah Maha Mengerti akan hati ibu ini...

Coretan hati kawan-kawan, Ita dan Maiyah mengimbau kenangan lalu saya. Hati seorang ibu...yang sukar digambarkan. Samada kasih ibu kandung, kasih ibu tiri dan kasih ibu angkat atau kasih ibu saudara. Ibu-ibu ini yang sudi berkongsi rasa dan cerita pada saya kala itu meski saya masih belum bertitle 'isteri orang' jauh sekali berpengalaman sebagai ibu. Walaupun atas tuntutan tugas, namun hubungan rappo yang dibina berkekalan di luar ruang rasmi, mengukuhkan perhubungan kami. Perkongsian rasa para ibu ini membuatkan kadang kala saya merasa betapa mencabarnya menjadi isteri dan ibu pada zaman mutakhir ini....

Entry Maiyah, 'tima kacih,mak..muah'    membuatkan saya merasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit catatan...


ini adalah komen saya pada entry Maiyah.


kasih ibu kasih sejati
kasih ibu tiada ganti
walau segunung emas diberi
ibu relah memilih zuriatnya sendiri

kasih ibu kasih sejati
takpernah kenal jemu dan geli
hanya ingin yang terbaik memayungi
perjalanan anakanda menuju Ilahi

kasih ibu kasih sejati
tak terbalas segala dunia dan isi
moga Ilahi memberkati
kesabaran ibu menjaga dan meladeni
anaknya yang tidak sepertinya dulu lagi

alhamdulillah syukur padaMu tuhan
setiap keperitan yang dikau anugerahkan
dikirimknya seorang makhluk berhati mulia
di sisi...
meski seorang..
dia istimewa...



Lalu sebenarnya,saya kala ini walau tidak bersama seorang ibu kandung di sisi, dan situasi yang dilalui kini, apa jua yang berlaku, syukur pada Allah atas kurniaan Allah Yang Maha ESA, kerana saya masih mempunyai seorang insan yang dihantar Allah untuk mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu sebentar untuk menangisi takdir sebaliknya hidup mesti diteruskan,kerana Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Allah terlalu baik...

14 comments:

nza said...

salam u.masyitah...kunjung balas. Sy cr chat box ttp xjupa la...nnti kita change link ok...nice blog..

Kasih ibu bw ke syurga.

INTAN RH said...

Salam. Just remember, ranking ibu adalah ..

no.1
no.2
no.3

:)

fisa othman said...

fisa baru jer bagi komen kat RH pasal ANDA & IBU...uhukss bile fisa dh jadi ummi nie baru la fisa mengerti pengorbanan seorang ibu..x di nafikan mak fisa menjadi tunggang kekuatan utk fisa bangkit ketika menghadapi dugaan d dlm rumah tangga...isk isk teringat kat mak la plak...

zue said...

kasih ibu membawa ke syurga
kasih ayah membawa bahagia.

Lady of Leisure said...

teringat my mom huhuhu..

maiyah said...

sy nk nangis lak ni.. pengorbanan mak dan juga kita yg pula akan berkorban utk anak2.. baru fhm kasihnya ibu sepanjang hayat

LanaBulu said...

Baby girl..perempuan..gadis..isteri..ibu..tok..atau opah..grandma..
Ciptaan Allah yg sangat istimewa..
Tak de istilah pun sebenarnya utk mengungkapkan perasaan suka..kasih..sayang..bersyukur..rindu..pada ganti2 nama di atas tadi..
SubhanaAllah..

um. masyitah said...

Waalaikumussalam Kak NZA.Terima kasih erk sudi singgah teratak kami

Waalaikumussalam Kak Intan.Ya,dan keempat barulah bapamu. :)

um. masyitah said...

Fisa;saya sekarang suka baca je kat RH.nanti kot bila masa ada,saya cuba aktif balik kat sana.

Fisa,baru semalam ada kawan saya berkongsi masalahnya. namun dia kuat,katanya,demi kasih sayangnya kepada anak-anak,dia rela korbankan perasaan luka hatinya yang parah asalkan anak-anak;terutama pelajaran dan jiwa remaja anak2 tak terganggu...baginya,biar hatinya derita,kerna itulah pengorbannanya sebagai ibu...bukan kerna dia mahu dan rela untuk payung emas namun hati ibu tak sanggup melihat anak2 remaja menderita tanpa kasih seorang ayah

um. masyitah said...

Betul tu Zue.
kasih saudara semoga waktu susah pun sudi bersama..

um. masyitah said...

Lady.Entry ni pun sebab saya teringat my mom...sob sob

um. masyitah said...

Maiyah;saya gembira Maiyah mempunyai ibu yang sudi,sabar dan cekal bersama Maiyah saat-saat Maiyah berduka dan diuji Allah dengan ujian berat ini. Saya jauh dengan emak saya,jadi sakit dan susah senang saya,saya tidak suka beritahu emak dan family saya.Saya tak mahu mak saya bersusah payah menjaga saya sedangkan saya kini jauh darinya.

En LanaBulu.Terima kasih atas penghargaan yang dunukilkan.Kata2 en lanabulu mengingatkan saya pada insiden seorang kawan perempuan saya yang menangis di bahu saya...dan antara soalannya..mengapa harus dia menjadi perempuan.dia ingin menjadi lelaki..lalu saya berikan semangat untuknya,agar hidup ini diteruskan dalam sangka baik kepada Allah...demi anak2 yang sedang membesar ..kerana jiwa remaja amat mudah memberontak andai berlakunya perceraian di antyara ibu bapa...

Ya Allah kuatkan kami agar kami tak tersasar dari jalanMU

Abd Razak said...

Salam...

Salam ziarah dan terima kasih ziarah blog saya..:)

Pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibayar semula. Sedarlah wahai manusia betapa tingginya jasa ibu.....aku berharap tolonglah bahagiakan ibumu selagi dia ada.. jangan menyesal kemudian.

Werdah said...

Salam U.Masyitah,

Kak selalu jd silent reader je.. kak kehilangan ibu semasa di Tingkatan 3 manakala ayah pula pergi semasa kak berumur hampir 2 tahun.. sungguh terasa bila tiada ibu di samping.. ibu dan ayahlah segala2nya.. Jadi sesiapa yang masih ada ibu ayah hargailah.Balaslah jasa mereka selagi masih ada nyawa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design