Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, January 29, 2010

Amukan pelajar

Amukan Pelajar?

Artikel ini saya petik untuk rujukan saya pada masa akan datang.

Amuk samseng junior

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/01/28
KUALA LUMPUR: Tiga pelajar parah di kepala akibat dihentak dengan pasu bunga dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan ‘samseng junior’ yang mengamuk di sebuah sekolah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, sekumpulan 20 pelajar menceroboh sekolah berkenaan menggunakan motosikal sebelum menyerang beberapa rakan sebaya di kantin. Difahamkan, semua pelajar samseng yang menceroboh sekolah itu penuntut dari sekolah menengah berhampiran. Menurut sumber, kejadian bermula selepas berlaku pergaduhan kecil antara pelajar dua sekolah berjiran itu. “Akibat tidak puas hati, seorang daripada pelajar terbabit menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Kumpulan itu kemudian bertumbuk sesama sendiri sehingga menarik perhatian pelajar lain untuk turut sama,” katanya. Difahamkan, pengawal keselamatan sekolah yang berseorangan gagal menghalang kumpulan pelajar terbabit kerana jumlah mereka terlalu ramai. Sumber berkata, kumpulan pelajar yang menceroboh masuk sekolah itu dengan menaiki motosikal didakwa memakai topi keledar dipercayai untuk mengelak identiti mereka terdedah. “Sebaik tiba di kawasan kantin, mereka terus menyerang beberapa pelajar yang dikatakan mengganggu ahli kumpulan terbabit sebelum ini. “Pergelutan itu berlaku hampir 30 minit.

Ada beberapa pelajar lain yang tidak tahan dengan kekejaman kumpulan itu membelasah rakan mereka tampil menghulur bantuan,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang (HS) di sini, semalam. Kumpulan itu membelasah beberapa pelajar menggunakan topi keledar, pasu bunga, dan tong sampah Berikutan itu, tiga pelajar mengalami kecederaan serius pada kepala kerana dihentak dengan pasu bunga. “Pergelutan itu dihentikan sebaik pihak berkuasa tiba selepas menerima laporan guru. “Ketiga-tiga pelajar yang cedera dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan HS untuk rawatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, sekumpulan 20 pelajar menceroboh sekolah berkenaan menggunakan motosikal sebelum menyerang beberapa rakan sebaya di kantin. Difahamkan, semua pelajar samseng yang menceroboh sekolah itu penuntut dari sekolah menengah berhampiran. Menurut sumber, kejadian bermula selepas berlaku pergaduhan kecil antara pelajar dua sekolah berjiran itu. “Akibat tidak puas hati, seorang daripada pelajar terbabit menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Kumpulan itu kemudian bertumbuk sesama sendiri sehingga menarik perhatian pelajar lain untuk turut sama,” katanya. Difahamkan, pengawal keselamatan sekolah yang berseorangan gagal menghalang kumpulan pelajar terbabit kerana jumlah mereka terlalu ramai. Sumber berkata, kumpulan pelajar yang menceroboh masuk sekolah itu dengan menaiki motosikal didakwa memakai topi keledar dipercayai untuk mengelak identiti mereka terdedah. “Sebaik tiba di kawasan kantin, mereka terus menyerang beberapa pelajar yang dikatakan mengganggu ahli kumpulan terbabit sebelum ini. “Pergelutan itu berlaku hampir 30 minit.

Ada beberapa pelajar lain yang tidak tahan dengan kekejaman kumpulan itu membelasah rakan mereka tampil menghulur bantuan,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang (HS) di sini, semalam. Kumpulan itu membelasah beberapa pelajar menggunakan topi keledar, pasu bunga, dan tong sampah Berikutan itu, tiga pelajar mengalami kecederaan serius pada kepala kerana dihentak dengan pasu bunga. “Pergelutan itu dihentikan sebaik pihak berkuasa tiba selepas menerima laporan guru. “Ketiga-tiga pelajar yang cedera dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan HS untuk rawatan.

Difahamkan, lebih 20 pelajar daripada kedua-dua sekolah berkenaan sudah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata kejadian bermula apabila empat pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Selayang menceroboh masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang sebelum memukul seorang pelajar di kantin sekolah berkenaan. Akibat kejadian itu, tercetus pergaduhan sesama pelajar termasuk membaling objek seperti tong sampah, batu, pasu bunga dan objek keras lain sehingga menyebabkan kecederaan kepada beberapa pelajar. “Susulan aduan dibuat guru sekolah itu, polis memberkas 20 pelajar sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut. “Semua pelajar terbabit ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

2 comments:

Werdah said...

Salam Um Masyitah,

entah apa yang mereka tak puas hati tu.. nak tunjuk samseng pula.. pernah alami perkara ini masa mengajar dulu, sekumpulan pelajar datang bergaduh di sekolah tempat kak mengajar dan akhirnya mereka diserah kepada polis.

kakcikseroja said...

Situasi yang semakin mencemaskan.. pelajar tidak lagi berasa 'segan' dengan siapa saja... :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design