Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, January 21, 2010

Anak Terbuang, Ibu Terbela

Rangkuman Kisah Ayah Ibu

Ayah, Istimewa



Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati

Bonda, Syurga di bawah telapak kakimu


Jasa Bonda - Warisan. Video klip oleh pelajar UPSI


 (Gambar Kanan) Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60 (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di Pejabat JKM Perlis baru-baru ini.

 
Buku Kisah Kembara Atiq Wazif; Satu Anugerah Oleh Hassan Suyut. Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd Terbitan : 2008. Kasih dan pengorbanan ibubapa yang tak penah membuang anaknya walaupun anaknya anak istimewa.


Oh Anak...Kalaulah Kau tahu...bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..


Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan  anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan.Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

Allah telah berfirman:

"Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu".


                                                                              (Surah Luqman:14)


 Anak Terbuang, Ibu Terbela.

Saya ingin kongsikan pengalaman benar yang saya saksikan sendiri.

Apakah perasaan anda jika ibu yang melahirkan anda membuang anda dan adik beradik lain jauh dari dalam diari hidupnya? Ibu kandung yang hanya melahirkan kemudian langsung tidak memberi walau setitis air susunya dan terus membiarkan si anak terkotang kating sedangkan masih lagi bayi?

Bayi yang baru lahir itu diberikan kepada suaminya dan anak yang lebih besar untuk diuruskan. Lalu apabila si bapa meninggal dunia, si anak dan adik beradiknya yang lain menjadi anak yatim. Ibu kandung masih ada tetapi tidak diketahui khabar beritanya. lalu anak yatim yang kala itu berusia 6 tahun diasuh dan dipelihara oleh ibu tiri dan suami baru ibu tirinya sehinggalah ibu tirinya meninggal dunia ketika anak ini berusia lebih kurang 10 tahun.


Bermulalah kembara anak ini dari satu tempat ke satu tempat demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Walaupun pelajar cemerlang di sekolah terutama dalam matematik, sehingga guru datang ke rumah orang yang manjaganya supaya membenarkan anak ini ke sekolah..Namun, anak ini terpaksa berhenti sekolah demi sesuap rezekinya.


Dewasalah anak ini. Ketika dia sudah memiliki kehidupan bekerluarga dan pekerjaan tetap, dia mendapat khabar berita, ibu kandungnya dibuang oleh anak kandung kesayangannya sendiri. Anak kandung yang dijaga sejak kecil telah membuangnya.

Lalu, anak ini, tekad mencari ibunya dan mengambil ibunya. Walaupun dirinya sendiri bukanlah orang kaya dan tidak berharta, hidup kais pagi, makan pagi...anak lelaki ini tetap menjaga dan memelihara ibu kandungnya di rumahnya. Menjaga orang tua, yang mempunyai pelbagai karenah dan kembali bersikap seperti anak kecil, memang benar-benar mencabar keimanan.

Lelaki ini tabah dan sabar meladeni ibunya ini. Ibu yang dahulunya membuangnya. Kini, dialah yang menjaga orang yang membuangnya.Tidak sekelumit dendam bersarang di dada anaknya. katanya, biarlah,mungkin ibubapanya ada masalah suami isteri,mungkin ibunya tertekan jadi ibunya tak dapat menjaganya.

Subhanallah,baiknya lelaki ini. Kala si ibu kandung sudah tua pikun,karenah mengalahkan anak kecil, tidak kenal lagi najis atau tidak,dan tak kenal lagi  waktu siang atau  malam,lelaki ini dan isterinya sabar menjaga ibu tua ini. Malah anak lelaki kepada lelaki ini sering menasihatkan ibunya agar bersabar menjaga dan meladeni ibu mertuanya itu walau sehebat mana hatinya disakiti.

Istimewanya lelaki ini, baginya, tiada dendam antaranya dengan ibu kandung. Asuhan ibu tiri yang menitik beratkan nilai-nilai Islam, nilai kemanusiaan dan kasih sayang, menjadikan lelaki ini cekal, bertanggungjawab, pemaaf dan mengasihi ibu kandungnya. Syukurlah lelaki ini dikurniakan ibu tiri yang berhati mulia yang sehingga kini nama allahyarhamah ibu tirinya sentiasa diceritakan kepada anak menantu dan cucunya...

19 comments:

zue said...

syukur alhamdulillah..anak terbuang tetap mahu menjaga ibunya.

kita pun tahu untung nasib kita bila kita tua esok.

nza said...

xfaham camne prasaan sorg ank boleh buang bapanya...kak nza menitis air mata masa tgk TV3 hr tu...sedih n sayu hati tgk wajah si bapa.....

Werdah said...

Salam um Masyitah,

Sukar nak faham mengapa terjadi sampai anak membuang ibu bapanya, barangkali perbuatan ibu bapa yg tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kpd mereka. Namun apapun ug ibu bapa buat tak seharisnya kita sebagi anak membalasnya. Doakanlah mereka agar Allah memberikan hati yg suci kpd kedua mereka agar mereka Allah terima di sana dan seterusnya kita sebagai anak juga akan menerima balasan yang biak. Bukan hak kita menghukum. Hak menghukum adalah Allah. Tentang kisah benar tu.. syukur kpd Allah lelaki itu sedar akan tanggungjawab memaafkan. Mudah2an kita juga dpt mensucikan hati kita dp titik2 hitam

anak muallaf said...

Salam Masyitah,
Sebagai ibu kita sentiasa mahukan anak-anak menyayangi kita sepertimana kita menyayangi mereka.
Persoalannya bagaimana ibu itu sanggup membuang anaknya?Tiada perasaan kasih dan sayang.Mengapa pula sanggup membezakan kasih sayang antara anak-anak?
Alhamdulillah akak masih punya ibu dan manjaga ibu dan ibu akak juga tidak mahu kerumah anak-anaknya yang lain.

LanaBulu said...

Tiap kejadian tu ada hikmahnya..
redha saja lah..buangkan perasaan dendam tu..bukan sampai kemana pun kalau dok bawa..
Bukan menambah bahagia tapi menambah bebanan jiwa...
Redha menjadi pintu keluar yg sebaik2nya..
Itulah pengajaran akhir zaman..macam2 berlaku..bahkan ada yg tak terlntas dik benak kita..
Itulah warna2 kehidupan akhir zaman..
Moga kita semua diberi kesabaran buat menghadapi masa yg mendatang..InsyaAllah

maiyah said...

dunia skrg.. wlaupun bapak tu byk dosa tp maafkanlah

N.A.Y said...

salam, terima ksh ummu pkongsian ni.

bgus lelaki ni, tidak berdendam sdikit pn dengan ibunya. itulah didikan y sempurna oleh ibu tirinya.

Masyitah said...

Assalamualaikum kawan-kawan terima kasih atas komen yang ditinggalkan oleh kawan-kawan. Semoga kisah ini memberi pengajaran untuk kita.
Watak dan perwatakan di atas adalah my FIL yang berhati mulia.Kesusahan hidupnya tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia membuang ibu kandungnya yang mana ibu kandungnya pernah membuangnya dahulu.
Didikan ibu tiri yang baiki hati sewaktu my FIL telah menjadi anak yatim,terkotang kating mencari dahan berpaut,ibu tiri nya sudi memeliharanya.Malah suami baru ibu tiri juga berhati mulia.

Masyitah said...

Zue,alhamdulillah.Begitulah saya pun terfikir jua untung nasib saya nanti...yang penting kita dah berusaha mendidik anak dengan asuhan positif. Segalanya kita serahkan kepada Allah SWT.

Saya pernah terbaca di sebuah majalah,kisah jenazah seorang wanita yang tak reput,bekas penghuni rumah kebajikan yang dibuang anak...walaupun anakn membuangnya,Allah memilih wanita itu.

Masyitah said...

Kak NZA,Hati kita pasti tersentuh kan kak.
Waalaikumussalam Kak Werdah.saya sungguh tersentuh dengan kata2 akak.Komen akak ini mengingatkan saya pada pesanan guru-guru saya.Ayatnya lebih kurang seperti yang akak bicarakan.

fisa othman said...

mak fisa selalu berpesan walau apa pun yang terjadi ibu & bapa harus la kita sayangi sampai bila2...abang & kakak haruslah kita hormati...sebab mak d jaga dari bayi lagi oleh keluarga angkat yang tiada talian persaudaraan langsung...mak hanya tau dia anak angkat pada hari pernikahan...

Masyitah said...

anak muallaf,waalaikumussalam sis.
alhamdulillah,tahniah kak.semoga Allah memberkati amalan murni akak sekeluarga itu.pasti hati ibu merasa ada ketenangan di rumah akak, maka sebab itu dia memilih untuk bersama akak sekelurga.Nilai ketenangan itulah yang mahal harganya dan dicari oleh warga tua dan mereka yang sakit.Kerna di mana ada ketenangan, disitu pasti ada bahagia,walau pada zahirnya orang lain melihat menderita.
teruskan berbakti kak...

Tentang kejadian pilih kasih,sewaktu sya pernah menjadi guru,itulah antara isu utama,konflik yang dihadapi oleh para remaja.Merasa diri terabai setelah ibubapa seolah dilihat bersikap pilih kasih. Konflik ini perlu dibantu dan dipulihkan di kalangan anak remaja,kerana jika tak dipulihkan, anak ini akan membesar dan tumbuh sebagai manusia dewasa pendendam.

Masyitah said...

Bro Lana Bulu,betul,redha adalah jalan yang terbaik. hati kita tidak sakit dan pastinya Allah akan sayangkan kita bila kita redha dengan Allah dan tak mengungkit apa yang telah ibubapa lakukan (dalam konteks anak yang membenci ibubapa sendiri).Terima aksih atas komen yang puitis.

Maiyah,mungkin ini tanda-tanda akhir zaman kan...semoga kita tak jadi anak derhaka.

Waalaikumussalam Sis Azilah. Peristiwa ini juga menunjukkan, tak semua ibu tiri itu jahat,kan Azilah.Yang penting didikan dan penghayatan agama yang syumul diterapkan dari awal,insyaAllah anak2 akan membesar dengan kasih sayang.amin

Masyitah said...

Fisa,baiknya hati mak Fisa.Tak dapat saya bayangkan kesedihan dan kecekalan hatinya dalam mengahrungi kehidupan. Mesti ibu bapa angkatnya sangat sayangkan mak Fisa kan...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt!
Kalau kita bukan berada ditempat ibu tersebut, kita boleh membuat pelbagai andaian2 tetapi biarlah kita bersangka baik bhwa tentu ibunya telah melakukan yang terbaik walaupun zalim pada pandangan masyarakat. Sebaliknya masyarakat sekeliling tidak menjalankan peranan membantu ibu yang malang! Masyarakat kita sudah hilang perasaan belas kasihan, simpati, sikap jgn ambil peduli, kejujuran, keikhlasan dsb. Kalau ada pun berapa lama boleh bertahan?

Sitisifir10 said...

:) Jika setiap kita faham betul2 yang menghormati ibu bapa itu bukan sekadar membalas jasa tetapi sebagai tanda tunduk kepada undang2 ALLAH maka insya ALLAH, bahagialah hidup kita...

syayassir said...

hmm, terharunya.. bagus sungguh anak itu dan bagus sungguh ibu tirinya...

ta faham macam mana seorang ibu yang bersusah payah mengandungka si anak, sanggup membuang anak sendiri. tak ada sikit pun perasaan sayang... entahlah...

um. masyitah said...

Waalaikumussalm Tajnur
begitulah kita sebagai anak,sentiasa memaafkan mereka. Semoga anak-anak dan cucu kita menjadi anak yang soleh solehah,meski arus zaman semakin beralalu

um. masyitah said...

sitisifir;yang penting kembali pada perintah Allah dan RasulNya kan..

sya;mula-mula dulu saya sangkakan,ibu tiri tersebut adalh ibu kandung atau makcik kepada lelaki ini dek kebaikan hati wanita ini memelihara anak yatim.apapun,pasti ada hikmahnya kan peristiwa ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design