Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, January 11, 2011

11/1/2011; Perpisahan itu kadangkala lebih baik

11/1/2011; Perpisahan itu kadangkala lebih baik



Alhamdulillah, pagi yang ceria. Sudah waktu lunch. Apa khabar kawan-kawan ibu? Pembaca setia catatan caca marba ibu.

Perpisahan Itu Kadang kala Lebih Baik

Hari ini, ibu kehilangan seorang lagi puteri  ibu. Puteri yang ibu ikuti perkembangan psikososialnya, emosinya, akademiknya, dan  tentunya jua disiplinnya.

Hari ini,  puteri yang seorang ini melalui  hadapan kamar sepi ibu. lalu di hentian ini, puteri ibu menoah sekilas.

Melihatnya menjinjing fail folio tugasannya, fail peribadi berisi Kad 001 dan sebuah beg sandang, hati ibu terdetak,"Mahu ke mana sahaja gadis ini? Adakah dia akan pergi?" 

Lalu ibu kuatkan suara memanggilnya,"A, ke mana A mahu pergi?"

Dia menolah sekilas pada ibu. Tunduk sahaja wajahnya. Kakinya terpaku di depan kamar sepi ibu.

"Apakah kamu hau pindah?" tanya ibu lagi.

"Ya, cikgu," jawab A.

"MashaAllah, kamu nak pindah kamu tak beritahu cikgu? Bukankah minggu lepas, Hari Selasa, kita pernah berjumpa? mengapa keputusan sebesar ini tidak saya ketahui? Adakah kamu tak percayakan saya?" soal myukhuwwah bertubi-tubi. Waktu itu, Teori Gestalt sahaja yang berlegar di minda myukhuwwah.


Ibu pegang tangannya. Puteri memalingkan wajah dari ibu.


"Kenapa A? Kenapa, kamu tak percayakan saya ke?"


"Maaf cikgu. Mak nak saya minta pindah segera. Saya tak tahu nak kata apa lagi," ujar A. Rupanya airmata A sudah bergenang. A segera memeluk ibu.


"Cikgu, maafkan saya cikgu. Maafkan saya cikgu," tutur A. Airmata A semakin laju. A memeluk erat ibu.


Myukhuwwah tturut sebak. Terasa erat genggaman tangannya.

"Terima kasih cikgu atas kepercayaan cikgu kepada saya," esakan A semakin kuat.


"A, pergilah ke mana pun. Melangkahlah ke mana pun. Namun, ingat pesanan saya, ya. Solat jangan tinggal. belajar betul-betul. Jangan nak ingat gewe je. Buktikan kamu boleh cemerlang  dalam SPM," begitulah antara butiran kata ibu.

Dengan langkah berat, A pergi. Ibu menghantar A dengan doa dan harapan, agar a tumbuh menjadi puteri yang kembang mekar di jambangan dengan duri-duri yang bisa menangkis kumbang larangan dari menghisap madu di nektar kelopak mawar.


Ibu menghantar A dengan pandangan sayu dan hiba. Sayu dia pergi tiba-tiba. Lalu, ibu biarkan sahaja sayu itu berlalu.


Rahsia demi rahsia A telah A kongsikan dengan ibu. Ibu mengerti, siapalah ibu ini. Ada atau tiada di hentian ini, sama sahaja. Lalu, ibu berazam, ibu kan gantungkan azam setinggi bintang di langit. Ibu akan berazam keluar dari status perjawatan ibu kini. InshaAllah. 

Kerna Allah ada sentiasa di sisi. Allah tahu apa yang telah ibu lakukan.

Terima kasih A atas kepercayaan A. Terima kasih A sudi berkonsultasi dengan ibu.  Meski penghinaan orang sering dilemparkan kepadamu. Namun dikau tabah menempuhinya. Meski kemiskinan sering menghimpitmu, namun citamu dalam pelajaran sering kau utamakan. Meski apa sahaja tentang dirimu, suatu hal yang ibu puji, kau tiada malu memmbantu menolak kerusi roda ibu. Malah tidak memandang fizikal ibu sebagai suatu halangan untukmu berkonsultasi dengan ibu.

Pergilah puteriku. Berhijrahlah puteriku. Tinggalkan sama jejak luka di daerah ini. Berhijrahlah dirimu ke tempat yang bisa mendamaikan jiwamu..Perpisahan itu kadang kala lebih baik. InshaAllah.

18 comments:

ibuintan said...

assalamualaikum ummu.

setuju sangat, adakalanya perpisahan itu lebih baik, baik untuk masa depan dan baik untuk kebahagiaan diri juga

semoga puteri itu berjaya walau di mana ia berada

Hairun Azmi said...

Ada hikmah di sebalik perpisahan...

Payung LED

Maiyah said...

assalam ummu..
mmg betul tu.. mungkin ada sesuatu yg bru yg lebih baik nnti kan

IMANSHAH said...

salam

Andai ini terbaik untuknya, relakanlah

Sham said...

salam ummu...

kebahagiaan dalam perpisahan...

Zaitun said...

Relakan saja perpisahan kalau itu jalan yang terbaik.

Semoga puteri dalam keadaan baik2.

Kakzakie Purvit said...

Salam Ummu,

Perpisahan yang membawa penghijrahan ke jalan kebaikan ada kalanya menjadi tuntutan....

Lynn Abd Latib said...

ummu

sgt sedih entry ini :( apapun ummu doakan shj smg setiap perpisahan akan ada pertemuan semula .i/allah!

My Little Diary said...

salam,

singgah sini... seronok baca entry ni... sedihnya, betul lah tu perpisahan itu kadangkala lebih baik..

ckLah @xiiinam said...

Semoga kehidupan puteri itu lebih baik...

Mohamad said...

Saya dah berbelas tahun berpisah /berjauhan dengan keluarga.. saya rasa sangat baik. Bertemu sekali sekala lebih erat, kalau dekat-dekat kadang2 cepat nak bermasam muka...

Wallahuaklam,

terokai seni said...

tentu ada hikmah di sebalik perpisahan itu

Unknown said...

SALAM,
KITA IRINGI PERPISAHAN ITU DENGAN DOA SEMOGA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

perpisahan kadangkala akan membuatkan jiwa dan hati kita lebih tabah..Insya Allah

Mr. Swift said...

Nak like kat mane eh?
Sini boleh?
Hehe. :)

ysa said...

As Salam Ummu,
Saya setuju sangat perpisahan itu ada kalanya lebih baik.Dalam kontek hubungan anak/ibubapa perpisahan dalam usaha menuntut ilmu, akan membuat mereka belajar berdikari.

Wsalam

MamaSyazmina said...

Salam..Allah lebih mengetahui..

Cikgu Tie said...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....baik atau buruk hanya Allah yang tahu.Semoga perpisahan ini akan mendatangkan kebaikkan di masa akan datang.Insyaallah......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design