Followers
Tuesday, January 04, 2011
Besar dah, anakku
Besar dah anakku....
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT, sedetik lagi, ibu dapat berkesempatan menghirup udara segar di bumi Allah nan indah lagi luas ini. Pagi yang tenang. Damai dan nyaman. Awan tebal menyelubungi bumi. Hamparan kabus pagi memayungi langit pagi. Dingin mencengkam bagai di Cameron pula rasanya.
Ketika sibuk mempersiapkan anak ibu dengan pakaian seragam sekolah pagi semalam, ibu memandang wajahnya dan sosok tubuhnya yang kurus melidi itu.
Melihatnya, mengingatkan ibu waktu pertama kali ke sekolah rendah. Masih ibu ingat, ibu tak nak pakai kasut getah warna putih. Kata ibu, macam nak pergi motong getah.
Tetapi ayahanda tetap menyuruh ibu pakai kasut getah itu. Dengan masam mencuka, ibu menyarungkan juga kasut itu.
Kami tinggal di kawasan bandar tetapi Sekolah ibu agak jauh dari bandar kerana mengikut ibu yang bertugas. Ibu akan mengikut bonda ke tempat kerja.
Rupanya, sekolah ibu itu untuk ke sana, jalannya gak becak dan berselut. Masa itu musim hujan, bila musim hujan bermakna musim banjir.
Merasalah ibu bermain air hujan dan kemudiannya banjir di kawasan sekolah. Masih ingat lagi, kami terpaksa balik segera dan meredah banir serta selut apabila air dari empangan berhampiran semakin melimpah. air di kawasan sekolah juga semakin naik.
Sekarang, peristiwa era akhir 80-an itu bagai bermain kembali di minda.
Cuma situasi, pelaku dan tempat serta waktu yang berbeza. Begitulah, sejarah tidak berulang. Hanya retoriknya sahaja yang berulang.
Ketika anak ibu melangkah ke sekolah, waktu ini di sini juga musim hujan. Di sini juga kawasan banjir.
Namun, syukurlah anak ibu gembira saat kembali dari sekolah.
"Ibu, abang dapat kawan banyak. Semuanya pun baru juga di sini,"
Ibu tersenyum. Gembira dan bersyukur pada Allah, anak ibu mahu ke sekolah. Tidak seperti masa di prasekolah dahulu. Asyik meragam pagi-pagi hari tak mahu ke sekolah. Sedangkan prasekolahnya itu ada sepupu, sedara mara dan jiran tetangga yang dikenali sejak todler lagi. Sedangkan di sini, tiada siapa yang dikenalinya.
"Selamat bersekolah, anak ibu. Sudah besar rupanya, anak ibu. Sudah semakin remaja purba rupanya ibumu, nak,"
p/s; Ibu sangat terharu apabila balik dari kerja semalam, anak ibu menghulurkan sehelai kertas. Rupanya ia surat mengandungi isi hati anak ibu yang hendak memohon maaf kepada cikgunya di prasekolah. Dalam surat itu, anak ibu menceritakan bagaimana dia menjaga ibunya.....Walaupun tulisan anak ibu tidak cantik dan besar kecil tunggang langgang, namun ibu amat tersentuh.

Labels:
baiti jannati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Masa kak Zai sekolah dulu tak banyak pilihan kena ikut kata orang tua tapi sekarang anak2 mesti nak barang yang ada brand,kasut,beg, baju dan sebagainya.
assalamualaikum ummu,
dah besar anak ummu, dah pandai juga menyatakan kebanggaan untuk ibunya
Salam Ummu,
Perjalanan sebuah kehidupan yg sudah lumrah yg kecik akan membesar, yang muda menjadi tua, begitu juga anak yg dulu belum suka sekolah kini bertukar ceria. Doa seorang ibu tiada tabir memisahkan.....Alhamdulillah.
Post a Comment