Alhamdulillah, pagi Jumaat yang hening. Suasana agak dingin dan sejuk. Tak perlu air condition mahupun kipas angin, ibu sudah terasa sejuk.
Semalam ibu lihat anak ibu termenung. Lalu ibu bertanya,"Kenapa ni abang? Sedih nampak?"
"Takdelah, ibu. Abang cuma teringat di sekolah. Kalau amsa rehat, ada kawan-kawan abang yang ayah dia atau atok dia. Hmm macam Haikal, abang dia. Yang tunggu dia. Tolong dia beli makanan masa rehat di kantin. Tapi, abang sorang-sorang je. Takde sapa temankan abang. Takde sape tolong abang belikan makanan," adu si abang, telus.
"Abang, abang kena belajar berdikari. InshaAllah boleh. Kan kawan-kawan abang yang lain, ada juga kan dia pergi sendiri?"
"Ada, ibu. Ramai juga yang pergi beli barang sendiri. abang bukan apa ibu. Kat sekolah ni, abang tak kenal siapa-siapa. dulu abang kan sekolah kat tempat lain. Tapi Abang tak nak sedih lah. Abang fikir, abang tak mahu susahkan ayah. Walaupun abang ada rasa sedih tapi abang tak nak nangis. Malulah kalau orang nampak. Alaa, Allah kan ada," terang abang panjang lebar.
"Alhamdulillah, abang kena kuat tau. Kawan-kawan abang yang lain, ok je kan.
"cuma abang tak dapat buku SPBT lagilah, ibu. Kawan-kawan abang semua dah dapat," kata abang.
"Kalau begitu, esok petang selepas solat Jumaat, ibu akan ke sekolah abang ya," cadang ibu.
"Eh tak payahlah, ibu. Biarlah dulu. Tunggu ayah jelah dulu,"
"Tunggu ayah kamu, hmm ayah kan sibuk, biar ibu je yang pergi,"
"Ibu tak payah pergilah sekolah abang. Abang malulah," kata si abang.
"Malu? Malu kenapa?" tanya ibu, sedikit hairan.
"Sebab kalau ibu datang sekolah abang, abang takut abang kena ejek. Abang malulah, ibu," jawab si abang. Matanya memandang wajah ibu mengharap simpati.
"Malu kenapa anakanda?"tanya ibu pinta kepastian.
"Sebab, ibu kan berkerusi roda...," ada jujur kata di situ.
"Ya Allah, anakku malu ber ibu berkerusi roda?" namun kata-kata itu tidak terluah. Tidak...Airmata? Pun tidak. Cuma bayangan di minda menerjah kotak fikiran ibu.
Ibu terbayangkan situasi yang menyebabkan ibu berkerusi roda.
Dan wahai anak ibu yang disyangi kerana Allah,
Ibu memahami jiwa mu, nak. Telah kau lalui situasi yang perit. Anakanda bersama ibu ketika ibu 'bed-ridden'. Anakanda langsung enggan ke sekolah kerana memikirkan keadaan ibu. Anakanda mahu menjaga ibu yang terlantar. Lalu anakanda tidak ke prasekolah. lalu anakanda belajar sendiri bersama ibu. Itupun kalau ibu mampu bervakap. Itupun ibu mengajar membaca sambil ibu terbaring atau duduk sahaja di atas katil sambil ditemani anakanada yang menajdi murid setia ibu.
Ketika jujur kata yang anakanda lontarkan pada ibu petang semalam, ibu tidak marah. Ibu faham. Anakanda telah melalui keadaan di mana insan lain mengejekmu dan mengejek ibumu. Dan anakanda telah berjuang mempertahankan ibumu. terima kasih anak ibu.
Cuma mungkin kini, seiring peredaran masa yang berlalu, anakanda wajar berasa malu. Ibu hanya boleh mendidikmu semampu ibu dan sedaya ibu. Sedangkan hati itu dimiliki oleh Allah. Hanya Allah yang memahami jiwa hambaNya.
Sayangku, mengertilah ibu kini. Bahawa anak bukanlah milik orang tua. melainkan titipan Sang Pencipta. melainkan titipan Sang Pencipta. Ibu hanya berusaha mempersiapkan anakanda sebagai manusia utuh, semampu ibu dengan kudrat ibu yang sangat minimum ini. Namun ibu percaya, Allah telah banyak membantu ibu menjagamu, anakandaku.
Ibu sadari, hingga nanti, saat titipan itu diminta kembali oleh Sang Pencipta. Moga ibu dapat “menyerahkannya” dengan bangga dan tersenyum, bahwa titipan itu telah menjadi manusia unggul, baik jasmani maupun rohani.
Lalu ibu teringat Puisi WS.RENDRA
Makna sebuah titipan; WS RENDRA
Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,
Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku,
dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku",
dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,
Duhai Gusti Agung, padahal tiap hari kuucapkan,
hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu,
bencana dan keberuntungan sama saja"
* Puisi di atas adalah puisi dari penyair seberang.
Duhai Gusti Agung
Duhai Gusti yang Maha Pencipta
Maka izinkam kami, duhai Gusti yang Maha Pencipta,
untuk berdzikir dengan nama-Mu, al Khaliquu.
Karena, kami semua adalah ciptaan-Mu.
Dan kami sungguh takut,
jika Engkau melupakan kami atas dosa dan
laku durhaka yang tak henti-henti. Ampuni kami Gusti.
Entry ibu, Cintai Diri, klik sini,
51 comments:
assalamualaikum..
sesungguhnya yg baik itu dr allah swt dan hanya dialah yang menentukan qada'dan qadar kehidupan..bersabarlah kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya..insyaAllah..
Assalamualaikum ummu
setiap sesuatu perkara itu ada ikhmahnya
Wassalam
Aslkm
Terharu mama membaca nukilan ini.
Bersabarlah..Ummu dah biasakan dengan kedaan ini?
Mama suka dgn tulisan ummu.Dah lama mama blog list blog ummu.
Jumpa lagi. Moga bahagia.
Salam ummu,
Biar kejujuran itu menoreh luka dihati tetapi anak adalah terapi yg unggul andai dari sekarang didik kerohaniannya untuk memahami keadaan....
akak...setiap dugaan yg berlaku tue pasti ada hikmahnya..
puitisnya puisi dr seberang tue..
assalamualaikum ummu.
semoga ummu tabah, banyakkan sabar, tersentuh hati ibu membacanya...mungkin tiada niat abang nak berperasaan malu begitu, jangan ambil hati dengan kata-katanya...
salam ummu..terharu.
Ya Allah.. sayu dan menyentuh hati membaca n3 ini... setiap yang Allah aturkan ada hikmah yg tersembunyi... perlu terima dengan reda dan hati yg terbuka
jiwa anak-anak yang tulus tapi mereka tak memahami ketulusan yang bagaimana
moga sihat sokmo, ada tag la...
waalaikumussalam Nurr
terima aksih atas madah indah Nur
waalaikumussalam Tuan
inshaAllah,betul tu
kerna Allah tak jadikan sesuatu dgn sia-sia.
waalaikumussalam mama Ju
terima ksih banyak Ummu ucapkan pada mama di atas kesudian Mama membaca coretan Ummu dan add teratak ummu.
iya, mama,saya dah biasa hadapi keadaan ini.
untuk mama juga,moga bahagia selalu hendaknya.
wasalam
waalaikumussalam Kak Zakie
sungguh indah madah nasihat kak Zakie,
sungguh benar apa yang dikata,
meski kebenaran itu sngat emnyakitkan,
ia bukankah adalah ubat yang mujarab?
kerna jujur kata itulah yang bisa membina kendiri positif anak dan diri kita,kan kak?
Cik Tom
betul kata cik tom
he he akak pun suka dgn kata2 puitis puisi tu.faham tak faham pun, akak buat2 jelah faham,:)
waalaikumussalam ibu intan
terima aksih atas nasihat akak.
mungkin dia berkata dari apa yang dirasa tanpa menyimpan di dlaam hati,kerna itulah budak,kan kak?
salam kak erna,
terima kasih atas kunjungan akak.
Terharu saya baca entri nie..
Semuga Ummu dan Abang kuat semangat yer..
Allah itu maha adil,pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian...
Pencuri kabel di belasah
Aslkm
Hehe mama dtg lagi.
boleh tau fb akaun? boleh kita bual2?
UMMU;
jd benar asuhan akak..anak akak seorang yg jujur..jgn akak berkecil hati..dia sdg berekspresi dgn kesedihan & rasa rendah-dirinya..akak doakan shj yg terbaik buat dia ..i/allah :)
Saya menitiskan air mata bagi pihak kak Ummu..
Terima kasih ummu kerana beri nasihat!
assalamualaikum,
walau saya nampak sempurna, saya tetap ada kekurangan...Allah Maha Adil.
Ummu...
Semoga ALLAH merahmati hidup Ummu sekeluarga dan semoga 'Abang' berjaya dalam pelajaran & menjadi anak yang soleh...
Nak nangis kak Zai baca n3 ni,sabarlah tentu ada hikmah disebaliknya,insyaAllah.
Kalau tak keberatan boleh kak Zai tahu apa punca ummu berkerusi roda.
Salam singgah ukhwah dari Kak G.
Selamat Tahun Baru 2011 & Tahun Hijrah 1432.
Sambil itu Kak G cuba menepati Misi di Maya: ingin ikhlas bersilaturrahim.
Juga sambil menjejaki rakan yang pernah berkunjung ke blog Kak G.
Terkedu ... tapi yakinilah - setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri. Tabahkan hati ya!
Salam Nida
terima kasih atas sokongan Nida ya.
cemomoi,terima aksih ya atas ingatan cemomoi tu.
inshaAllah nanti bila free saya cuba buat erk
terima aksih saudara Miecyber
sudi meninggalkan jejak di teratak ibu ni
salam mamaJu
terima kasih mama atas pertanyaan mama tu.
nanti saya email ya,mama
Lynn
terima kasih atas kata2 semangat Lynn dan kunjungan Lyn di teratak ini.
Shah,terima kasih,iman
abdul munir,terima kasih jua atas kunjungan saudara ke teratak ibu ini.entry ini sekadar catatan pengalaman ibu secara open diary.
waalaikumusslam cikgu humairi,
cikgu apa khabar?rindu membaca catatan hati cikgu.lama cikgu berehat dari blogsphere...
Cik Shinju
amin,amin ya rabbal alamin
terima kasih atas kata2 itu, cik shinju
terima kasih kak zaitun
atas kunjungan dan komentor akak yg membina.
waalaikumussalam Datin kak G
terima kasih ya atas kesudian akak
membuat kunjungan ke teratak saya.saya pertama kali jumpa blog kak G ialah apabila mencari artikel ttg tmn chengal temerloh lalu terjumpa entry akak ttg allahyarham Sudirman.
salam ummu,adui tersedihla plak di pagi ahad ni...selalu kagum n respect insan2 yang cekal dan tabah...seperti ummu...
Assalam Ummu
U must be somebody very special..
waalaikumussalam Sham,saya cuma insan biasa,saudara.alhamdulillah,terima aksih atas kesudian saudara menjengah teratak saya yang biasa2 ini.saya dah singgah blog saudara tadi.teruskan menulis ya.
p/s; pagi hujung minggu yang busy tak sempat nak update blog ni.
waalaikumussalam mamawana
amin,sama2 kita kak.
good luck untuk GA yg akak sertai.
Jenguk sesekali di sini mendengar lagu Maher Zain
assalam ummu.. sayu gak baca sgt2 memahami :)
Salam...
Sayu hati membaca, mungkin lebih sayu hati ummu yg menghadapi situasi tersebut. Dlm soal ni anak perlu lebih diberi kefahaman tentang peranan ibubapa dan tanggungjawab anak. Akidahnya perlu dikukuhkan agar hatinya sentiasa mengingati Allah. Jika Allah ada dihati, segala kata nista tak akan berkesan dihati...insyaallah.
salam ummu...
kebahgiaan dalam perpisahan...
artikel yang sungguh menarik...
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
Terfana ckLah membacanya....
...anak bongsu ckLah Nuha, setiap hari tak sabar2 pergi ke sekolah sebelum cikgu Nona kesayangannya tiba. Katanya, nak tolong tolak kerusi roda cikgu Nona.
Syukur, Nuha dipertemukan dengan guru bahasa Inggerisnya 'cikgu Nona' itu, kerana banyak mendidik jiwa Nuha.
salam ImanShah
terima kasih sudi bertandang ke sini ya.
waalaikumussalam Maiyah,
tq Maiyah,kita sama walau tak serupa.:)
Assalamu'alaikum ummu
Sayu membaca N3 ini.. anak-nak belum mengerti namun yakinlah anak-anak adalah penyejuk hati dan jiwa.. yakinlah juga selepas kesukaran ada kesenangan insyaAllah.. Ummu seorang yang tabah..
Assalam,
Ibu mertua saya berkaki hanya satu. Dahulu anaknya jjuga pernah berkata demikian pada ibu mertua saya. Ketika itu masih sekolah rendah, baru lepas dipotong kaki kerana kanser. Kini, semua besar panjang, kami x pernah rasa malu, bahkan kami semua bangga membawa ibu mertua ke mana2 =)
Tabahkan dirimu =)
waalaikumussalam mama Iman
terima kasih mama Iman atas perkongsian pengalaman mama Iman.dan atas kata2 smeangat yang mama berikan
Post a Comment