Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, February 13, 2011

Kapal Terbang Kertas Kami

Kapal Terbang Kertas Kami dan Dunia seorang Ibu

Hujung Minggu seorang ibu... waktu inilah seperti biasa adalah waktu meng operasi membersihkan semua bilik di rumah ini. Walaupun rumah kuarters, ia tetap rumah ibu sekeluarga. Mestilah dibersihkan selalu. Maklumlah kawasan tempat ibu tinggal ni, antara kawasan yang dah jadi kawasan pembiakan denggi yang hot kat negeri ni.

Seminggu, 6 hari bekerja, memang meletihkan fizikal ibu yang memang tak seberapa OK ni. Namun aktiviti bersama-sama anak membuatkan ibu lupa pada kesakitan dan kepenatan.Jom kita tengok gambar kapal terbang kertkeluarga ibu dan anak-anak ...

 

Pada pagi Sabtu semalam, anak kecil ibu pula menangis merayu,"Janganlah tinggalkan adik kat school. Ibu, tolonglah adik, jangan tinggalkan adik. Adik nak ikut ibu work,'' menangis merayu-rayu adik sambil menarik-narik pakaian ibu.

Bersungguh-sungguh adik merayu. Aduhai, anak, anak. 

Kursus Pengacara Majlis

Bagaimanapun, ibu bersyukur dapat memperoleh ilmu baru, berkaitan pengacaraan majlis, pengucapan awam dan protokol. 

Semasa ibu belum berkerusi roda beberapa tahun dahulu, ibu ada juga mengikuti kursus sebagini. Biasanya kursus sebegini, paling kurang 4 hari 3 malam yang ibu hadiri.

Kali ini, sehari...walaupun singkat tempohnya, ibu bersyukur dapatlah meng update minda ibu yang pernah menjadi temporary housewife selama 2 tahun. Ibu ucapkan terima kasih kepada majikan ibu yang sudi memeberi peluang kepada ibu menambah ilmu pengetahuan sama seperti staf yang lain yang normal. Alhamdulillahirabbila'lamin.

Baiklah, hujung minggu begini, pasti kawan-kawan ibu ada yang mengambil kesempatan berehat sahaja di rumah. Pastinya, ada juga yang mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga. Berhati-hati ya di jalan raya...


Dan, takziah diucapkan oleh myukhuwwah kepada keluarga ADUN Kerdau yang telah meninggal dunia. Klik sini.AlFatihah...

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummu

Alhamdulillah
dapat bersama keluarga pd cuti begini

Wassalam

IMANSHAH said...

salam

saya suka kursus pengacara..tambah ilmu..saya MC tetap dan berpencen

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Ummu,

Syukur alhamdulillah masih diberi kemudahan Allah menruskan titian hidup ini.

Kapal terbang tu boleh sampai rumah auntie tak sayang.... nanti boleh jumpa kakak-kakak kat rumah auntie. Ada 2 kakak tau :-)

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ummu,

Alhamdulillah anak-anak sentiasa merindukan kita di rumah.

Semoga ummu sihat dan bahagia selalu di samping keluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design