Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, March 07, 2011

cinta menurut followers blog ibu...

cinta menurut followers blog ibu...




Susulan entry ibu sebelum ini, Apa Itu Cinta, sila klik sini,


Ibu menampilkan pandangan teman-teman followers ibu dalam mendefinisikan cinta.

Bro ImanShah, blognya yang sudah berwajah baru dan ber dot.com sendiri, sila klik sini,
Jom lihat pandangan Bro ImanShah, dengan pantunnya;


                Kalau tuan pergi ke Bota
                       Belikan saya limau bali
                andai terkena panahan cinta
                       Hati buta telinga tuli




Myukhuwwah membeli pantunnya ya;


                kalau tuan sudah ke Bota,
                     Pasti tak lupa si limau bali,
                Begitulah hebatnya panahan cinta
                    Cinta Ilahi itulah yang suci dan murni.


Nurr yang indah menutur bicara, "hanya pada Allah kumohon cinta yg hakiki". sila ke blog beliau , klik sini.


Nida dengan bicaranya, "Cinta lahir dari hati... sukar dimengerti... namun amat berbekas", sila ke blog beliau di sini.


Bro Insan marhaen, "cinta pada diri sendiri lebih bahagia".,  blog nya, klik sini.


dan bro Sham, dengan madah kelakar nya "seorang teman pernah bermadah:cinta itu umpama kurap...makin digaru makin sedap.'' Blog beliau, klik sini.

update pada Selasa, 8/3/2011, 9pm:


Pandangan Kak Werdah, blog beliau, Bangkit Kembali, klik sini.
dan Nota Untuk Diri, klik sini.


Ok, pandangan kak Werdah...


"Kalau cinta tahap Zulaikha kepada Nabi Yusuf as, cinta yang meresap ke dalam dirinya membuatkan tidak peduli apa orang nak kata.. itupun dah tahap tinggi iaitu cinta tahap ke enam menurut imam ibnul Qayyim al-Jauziah yang memberi tafsiran cinta kepada Allah.

Firman Allah SWT, Maksudnya:


"Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)


Sekian, terima kasih buat semua teman-teman followers teratak Bicara Hati Ibu dan semua yang sudi membaca catatan ibu di sini.


Wassalam.

3 comments:

Muhammad Izuan said...

wah... best2... ketinggalan. nak jugak bg definisi. hehe...

Werdah said...

Assalamu'alaikum ummu

Semoga sentiasa dalam redha Allah.

Kalau cinta tahap Zulaikha kepada Nabi Yusuf as, cinta yang meresap ke dalam dirinya membuatkan tidak peduli apa orang nak kata.. itupun dah tahap tinggi iaitu cinta tahap ke enam menurut imam ibnul Qayyim al-Jauziah yang memberi tafsiran cinta kepada Allah.

Firman Allah SWT, Maksudnya:Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)

Kakzakie Purvit said...

Alahai kakak tertinggal. Tak pe dah baca pun. Betapa cinta sebenarnya suatu yg unik kurniaan Allah pada yg bernyawa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design