Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, March 03, 2011

Ibuku Seorang Pembohong?

Ibuku Seorang Pembohong?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat pagi kawan-kawan ibu.
Kali ini, myukhuwwah ingin berkongsi satu email yang ibu terima sekitar 3 tahun yang lalu, 2008, iaitu ketika kemunculan awal blog raudhatulukhuwah.blogspot....

Mungkin telah ramai kawan-kawan yang mendapat email ini. Namun, ibu tetap ingin berkongsi di sini, sebagai ingatan untuk ibu jua sebagai ibu.
Jom kita ikuti artikel ini, yang mana ibu ada membuat sedikit peng editannya.
Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. 


Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan
lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu
berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak
gulai ikan yang segar dan mengundang selera. 


Sewaktu saya memakan gulai
ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan
menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.  Bersama-sama itu, ibu bawa bersama kerepek jejari udang dan kerepek bawang yang ibu usahakan secara kecil-kecilan di dapur rumah kami. Maklumlah, tinggal di bandar raya besar dnegan cost of living yang cukup tinggi, jika mengharapkan makan gaji sahaja, dan dengan jumlah anak-anak yang ramai, memang memerlukan pendpaatan tambahan.


Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.


Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Sedangkan, ibu sendiri waktu berpuasa nazar untuk kecemerlangan peperiksaan anaknya.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.


Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
 

Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan
cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
 

Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.


Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.


Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya
ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara
orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.
 

Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi
terlalu lemah dan kurus.


Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air
mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di
saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan
seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis
nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta
menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 p/s: Bonda sayang, maafkan anakanda. Anakanda  sayangkan bonda, rindukan bonda.
Doakan anaknada tabah di rantauan....…

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Airmata kakak luruh terkenang arwah ibunda kakak yg telah pergi. Sayangilah ibu pada siapa yg masih punya ibu.

Siapa tak ibu?.....

nurkass said...

assalamualaikum..
walaupun dah banyak kali baca kisah ni,tapi hati ini tidak pernah jemu walau sekali pun..

dan kisah ini juga sentiasa menjadi peringatan buat saya setiap kali berada disamping ibu tercinta..luruh hati bila melihat wajah ibu..:(

ummu said...

ibu adalah insan berjasa dalam hidup kita, kan kak zakie.

ummu said...

waalaikumussalam Nurr
kasih ibu kasih sejati
kan Nurr

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak Ummu..

Bila berjauhan begini, airmata ini menjadi terlalu murah, tatkala teringatkan bonda yang jauh di sana, deras airmata mengalir tanpa disedari..

p/s: Alhamdulillah Kak Ummu, kami di sini sihat... terima kasih kak kerana sudi jenguk kami Di Bumi Albany, semoga silaturrahim yang terbina terus harum subur mewangi..Insya Allah

ibuintan said...

assalamualaikum Ummu... airmata ini jatuh lagi setiap kali membacanya

begitulah kasihnya seorang ibu, nyawa menjadi sempadannya

ummu said...

waalaikumussalam Nida,
bila berjauhan,pasti rindu itu semakin menebal dek keangan masa dan jarak untuk kita bertemu ibu dengan kerap. ibulah rau hati kita, kan Nida

ummu said...

waalaikumussalam Ibu Intn
kasih sayang ibu,
sejati dan murni kan kak
tiada kenal erti jemu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design