Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, March 17, 2011

Kerana Rotan Ayah

Kerana Rotan Ayah
http://www.myukhuwwah.com/


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, ibu ingin berkongsi pengalaman waktu kecil myukhuwwah. Ini kerana sewaktu membaca akhbar Metro Ahad, 13 Mac yang lalu, doa Ayah Cepat Mati, klik sini, terdapat rintihan hati seorang bapa dan luahan rasa seorang anak tunggalnya.

Tiba-tiba myukhuwwah. teringat pengalaman rotan. Kerana rotan ayah....

Hari itu, hari Minggu. myukhuwwah. bermain-main seperti biasa dengan adik beradik myukhuwwah.. Ayah memanggil myukhuwwah. masuk ke dalam rumah. Dengan berat hati, ibu melangkahkan kaki masuk ke rumah.

"Kakak, mari mengaji. Pergi ambil wudhuk segera. Kita cepat habiskan ya. Nanti kalau kakak cepat habis, boleh baca Quran terus," ujar ayah.

Ibu melemparkan pandangan ke luar rumah. Melihat anak-anak jiran yang bermain-main, hati ini segera memberontak.

"Esok, boleh tak ayah? Mimie, sepupu ezza nak balik dah ke Perak, ayah. Nanti kalau kakak ngaji, akak tak dapat jumpa Ezza lagi, main-main dengan dia," kata ibu, memohon simpati.

"Ngaji dulu sekejap. Nanti lepas tu, jumpa dia balik. Lagipun , kan dari tadi kakak main dnegan mereka?" terang ayah.

Saya dengan berat hati mengambil Muqaddam. Entah mengapa, mungkin hati asyik teringat nak main dnegan anak jiran dan akwan-kawan, ibu terangkak-rangkak membaca Muqaddam.

Sebenarnya waktu ibu sudah membaca Juz Amma. Tinggal beberapa surah sahaja lagi untuk Muqaddam ditamatkan.

Ibu tergagap-gagap lagi. Lihat huruf lain, sebut huruf lain.

Yang paling bestnya, waktu tergagagp-gagap itu, ibu cakap, "Ayah nak ngaji Quran terus tak boleh ke ayah?" :)

Kemudian, ibu melihat kawan ibu bermain di luar. mereka menggamit ibu di balik tembok. Apa lagi, ibu pun mulalah nak baca laju dalam keadaan tersasul. Ibu terpaksalah mengulang lagi bacaan Surah yang ibu baca sebab ayah tak berpuas hati dengan bacaan ibu itu sehinggalah ibu mulai lambat-lambat membaca Surah.

"Piyappp," tiba-tiba satu sebatan rotan kecil hinggap di betis ibu.

Apa lagi, menangislah ibu tetapi dalam keadaan menangis itu, masih lagi mengaji. Ibu dah tak ingat dah ajakan kawan ibu bermain di luar. Ibu cuma ingat nak ngaji. Sakit di betis itu Allah sahaja yang tahu.

Malam itu, selepas solat Isyak, ayah menjelaskan sebab ayah merotan ibu. Ayah cuma hendak ibu jadi anak yang solehah. Ayah cuma nak ibu pandai mengaji Quran. Ayah kata, itu untuk masa depan ibu. Kata ayah lagi, akalu ayah meninggak dunia dulu sebelum ibu sempat dibesarkannya, Al Quran itulah harta ayah yang ayah tinggalkan. Ibu sedih mendengar kata-kata ayah. Ibu pun memohon  maaf kepada ayah.

Selang 3 hari lepas itu, ibu sudah membaca Al Quran dalam Surah Al Baqarah. Ibu masih ingat lagi, ibu membaca aaliif laaam miiimm... Waktu itu, lancar sahaja bacaan ibu. Alhamdulillah, sehinggakan waktu mengaji itu, ibu rasa suatu nikmat yang bahagia sangat. Dalam hati ibu waktu itu, ibu bersyukur ibu dirotan ayah. Mungkin jika ayah tak rotan ibu, mungkin ibu masih lagi di Muqaddam dan malas mengaji.

Sewaktu bersalaman dengan ayah selepas mengaji pada malam itu, ayah tesenyum gembira. Tergambar wajah gembira ayah.

"Membaca Al Quran, dan mengajarkan orang lain Al Quran adalah saham amalan yang berkekalan hingga ke akhirat, jika kita ikhlas. Bahkan pahalanya berpanjangan selagi ada orang yang mengamalkannya selepas kita ajarkan orang itu mengaji, orang itu pula mengajarkannya kepada orang lain," tutur ayah.

Dan kerana rotan ayah itulah, alhamdulillah ibu telah dapat membaca AL Quran pada usia 6 tahun masihi, dan 7 tahun hijrah... Alhamdulillah, terima kasih ayah. kerana rotan ayah itulah, akhirnya myukhuwwah  menjadi myukhuwwah hari ini.

23 comments:

hentian said...

adakah lagi rotan itu di sekolah atau madrasah?

ummu said...

Insan Marhaen
andainya ada pun,...sesetengah cikgu je yang boleh merotan...

zue said...

susahnya nak mengajor anak sendiri mengaji...kzue hantar anak2 mengaji di rumah jiran.

ibuintan said...

assalamualaikum Ummu,

juga pernah dirotan oleh abah kerana malas mengaji

IMANSHAH said...

merindui rotan ayah..kerana rotan itulah saya menjadi manusia hari ini

Mohd Isa Abd Razak said...

Alhamdulillah. Semasa kecil saya pun pernah dirotan oleh insan yang saya kasihi. Apabila saya menjadi bapa, saya juga pernah merotan anak-anak atas satu sebab yang terlalu wajar. Wassalam.

mamawana said...

Untung dan bertuahlah punyai ayah2 yg mempunyai rotan dan merotan anak2 yg lalai. Rakan2 syorkan kalu ada sesaper gi Mekah jgn lupa beli rotan Mekah, bawak balik sini dan gantung tepi dinding supaya senang anak2 nampak. Bila depa lalai,, main banyak, piap jer dgn rotan Mekah tu. Rajin lerdepa ngaji dan ulangkaji.

Kakzakie Purvit said...

Ayah kakak tak pernah menjentik anak-anak. tapi mungkin sebab adik-beradik 7 perempuan & 1 lelaki kenakalan kurang. Kalau kata masa mengaji (biasanya lepas maghrib) kami tak berlengah. Tambahan pulak rumah kakak memang tempat anak-anak kampung mengaji.

Alhamdulillah menjadi keturunan semua anak ayah menjadi guru ngaji walau kami punya kerjaya lain...

Nida n' Hanafi said...

Salam Ummu..

Rasa bersyukur kerana dirotan... kalau tidak entah apa jadi kita sekarang

ainhany said...

alhamdulillah..

kerana rotan jugak saya mnjadi seperti hari ini dan lebih mngasihi dan merindui ayah...:(
di mana lagi kan ku cari ayah sepertimu..muga dicucuri rahmat atasnya)

amin

Sham said...

saya pernah kena libas dengan getah paip..tp takdelah sampai nak doakan mati cepat...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam kak
betul jika tak kerana ayah dan ibu saya tidak di sini..nice

kella said...

selamat malam ibu.. rasa tenang singgah di sini..
setenang wajah ibu...

ummu said...

saya pun susah nak mengajar anak sendiri mengaji,dia nak main2 dulu

ummu said...

waalaikumussalam ibuintan
kasih sayang ibu bapa sangat suci kan kak

ummu said...

Iman, dengan ketegasan ayah, ia mengimbangi kehidupan kita kan

ummu said...

terima kasih ustaz Mohd Isa atas kesudian tuan meninggalkan komen di teratak maya ini.
ketegasan seorang bapa itu pun penting dalam pendidikan anak-anak, kan ustaz.

ummu said...

mamawana, terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman akak ni.rupanya rotan makkah ada manfaatnya ya

ummu said...

kakzakie,alahamdulillah di atas kejayaan adik beradik akak.kasih sayang ayah dan ibu sangat suci kan kak

ummu said...

waalaikumussalam Nida
semoga ia menjadi iktibar untuk kita pula kan Nida

ummu said...

ainhany,semoga roh ayahanda ainhany dicucuri rahmat oleh Ilahi.amin

ummu said...

sham, kasih sayang ibu bapa ini akdang kala datang dengan pelbagai kaedah,kan

ummu said...

waalaikumussalam brutalsolo
begitulah pengorbanan ibu bapa
tiada tolok bandingannya.
kan sauadara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design