Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, October 27, 2011

Aduhai, mahalnya hargamu

Aduhai, mahalnya hargamu



Aduhai, mahalnya hargamu
Serasa ingin memilikimu
Namun kau terus menjauh

Aduhai, mahalnya hargamu
Ingin kugenggam erat kau
Tapi kau cuma dapat kurasa seketika

Aduhai, mahalnya hargamu
Kau tak menolehku walau sedetik
Kau terus berlari meninggalkanku

Sedang aku masih terkial-kial 
Melakar potret kejayaan

Aduhai, mahalnya hargamu
Kau terus pantas berlari
meninggalkanku
tak dapat ku undurkan dirimu
walau sekelip mataku

Aduhai, Mahalnya hargamu
Kau ibarat emas,
Bahkan lebih mahal dari itu,
Kau ibarat pedang,
Jika tak ku urus kau dengan baik,
Kau pula yang kan menghunusku.

Kini, 
Kusedari betapa
mahalnya hargamu



Benarlah Sabda Nabi Junjungan:

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."

(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

2 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
HADIS BERKENAAN SEHARUSNYA MENJADI PERINGATAN DAN PANDUAN KEPADA KITA

ummu said...

waalaikumussalam Yang Berbahagia Dato
benar, apa yang tuan katakan itu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design