Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, October 20, 2011

Cemburu? Jom Rawat Hati

Cemburu? Jom Rawat Hati



Cemburu, cemburu, cemburu. Hai, tak habis-habis dengan cemburu.

Kata orang, selagi ada bulan dan bintang, dan selagi makhluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa ciptaan-Nya yang bernama manusia wujud di dunia, selagi itulah perasaan cemburu tidak akan pupus. Benarkah?

Cemburu, ada di mana-mana. Kita bernama manusia, pasti tidak dapat lari dari dicemburui atau kadang kala kita pula mencemburui pula.

Menyaksikan dan melihat. Beberapa klien berkaitan hal cemburu suami isteri, hati wanita saya kadang kala tersentuh. 
 
Ya betul, pada sebahagian kita, rasa cemburu ini boleh menitiskan air mata tanpa henti.. Tetapi apabila sesuatu perkara yang dicemburui itu, kita kembali kepada hukum Allah, kembali kepada Allah, hati tak kan cemburu lagi.
 
Hmm tak tahu nak cakap, dashyat sebenarnya rasa cemburu itu kalau ia menyerang hebat, maka kita panjatkanlah setulus doa dalam sujud yang panjang, mohon ALLAH melapangkan hati ini seluas-luasnya..

Bersyukurlah kalian jika cemburu tidak menjadi ujian yang berat, dan doakanlah agar ujian cemburu dipermudahkan buat saudara perempuan kita yang lain...

Namun sedihnya, jika kerana cemburu itu, orang yang tiada kaitan dengan siatusi cemburu itu turut menjadi mangsa cemburu. Ditelefon, tak angkat. dan lain-lain lagi.

Cemburu, rawatlah hati dengan mengingati Allah. Cemburu, rawatlah dengan zikrullah. Zikrullah itu bukan sahaja pada hati dan lisan, tetapi juga pada perbuatan.

Tanpa mengira latar belakang atau status sosial, lazimnya, cemburu wujud apabila lahir perasaan `pemilikan' seseorang terhadap yang lain.

Lazimnya, cemburu sinonim sebagai ukuran darjah cinta atau kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.

Sebetulnya, jika dilihat dari aspek yang luas, cemburu tidak hanya terikat pada hubungan antara suami isteri atau pasangan kekasih.

Malah, ia juga wujud di kalangan ahli keluarga, seperti adik-beradik atau anak-anak. Tidak kurang yang beranggapan, cemburu seolah-olah menjadi hak eksklusif kepada wanita. Hakikatnya tidak.

Baik lelaki, mahupun wanita, ia wujud dalam diri setiap daripada kita. Kegagalan mengendalikan tingkah laku ini, menyebabkan ia sering kali dikelaskan sebagai sesuatu yang negatif.

Ia juga sering kali dilabel sebagai sebahagian `watak hitam' yang menghiasi personaliti seseorang. Dalam budaya Melayu, tingkah laku cemburu ini secara tidak langsung, diterjemahkan dalam cerita seperti Bawang Putih Bawang Merah, Lela Manja, Panji Semerang dan sebagainya.

Sekalipun, ketiga-tiga cerita ini memaparkan kisah yang berbeza, namun mesej dan tema yang ingin disampaikan adalah sama. Cemburu.

Watak-watak `cemburu' dalam persengketaan perkahwinan poligami, di kalangan orang bangsawan dan terhadap anak tiri semuanya menggambarkan watak hitam yang menakutkan.

Kesan cemburu juga bukan sedikit. Selain mengundang konflik yang tidak berkesudahan, kegagalan mengawal tingkah laku ini boleh mengundang tragedi.
Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada dua jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

Tip atasi cemburu

* Tidak bertindak melulu dan kawal diri

* Selidik sesuatu dengan fikiran rasional

* Tidak memendam perasaan seorang diri.

*Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorang setiausaha yang cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tanpa mengira samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

* Bagaimana eratpun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

* Luahkan rasa yang terbuku di hati dengan seseorang yang dipercayai

*Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?

* Berbincang dan bersemukalah dengan pasangan.

*Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

* Berjumpa pakar kaunseling yang arif berhubung selok-belok rumah tangga. 
LAGI, TIP ATASI CEMBURU

*Bila perasaan cemburu melanda, sentiasa ingatkan diri bahawa azab di akhirat kelak adalah lebih besar berbanding dengan sedikit perasaan luka di hati pada hari ini. Pada hari akhirat kelak, kita tiada masa untuk memikirkan hal remeh – temeh seperti perasaan cemburu, sakit hati ataupun kecewa. Sebaliknya masing – masing hanya sibuk memikirkan nasib sendiri samada dimasukkan ke syurga ataupun dihumbankan ke neraka.

Jadi, perlukah kita terlalu melebih – lebihkan perasaan cemburu yg ada pada diri, sedangkan nasib kita di akhirat kelak lebih penting untuk difikirkan lalu hendaklah kita cepat – cepat beristighfar dan bertaubat serta segera melakukan amalan – amalan soleh dengan ikhlas agar diterima oleh Allah Taala sebagai bekalan kita untuk hari akhirat.

*Jika cemburu masih menebal, maka sibukkanlah diri dengan segala aktiviti seharian yang dapat menukarkan fokus kita daripada hanya memikirkan perasaan cemburu itu

Lakukan kerja di pejabat, kerja di rumah, mengasuh anak atau apa – apa saja asalkan kita boleh melupakan perasaan cemburu itu. Jika kita sibuk melakukan hal – hal lain maka dengan sendirinya kita tiada masa utk duduk menggigit jari dan hanya asyik memikirkan soal hati dan perasaan yang tak ke mana.
 
*Sentiasa ingatkan diri yang syaitan akan terus mencuba untuk menggoda kita dan janganlah memberi ruang dan peluang kepada syaitan untuk menyesatkan kita apabila kita mula lelah dengan rasa cemburu. 

Bila jiwa kita lemah, maka syaitan akan bergembira dan mengambil kesempatan itu untuk menarik kita ke arah neraka.

Maka kuatkan hati dan berazam dengan sesungguh azam untuk mengalahkan syaitan durjana. Bila kita dapat mengawal perasaan cemburu itu, maka bergembiralah kerana di saat itu juga si syaitan itu akan merasa kecewa. Biarlah kita menang 1-0 dengan syaitan dan jangan mengaku kalah kepadanya kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.
 
*Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikuatkan hati dan agar dihilangkan perasaan cemburu yang ada, sebagaimana kisah Rasulullah saw ketika melamar Ummu Salamah r.a. 

Kisah Ketabahan Ummu Salamah R.A. dan Hikmah Musibah Yang menimpanya

Ummu Salamah berkata: “Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta‘ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Umm Salamah berkata lagi: Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda SAW: Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah hilangkan rasa cemburunya itu.”

Sila rujuk entry sebelum ini, "USah sedih Dengan Kekurangan Diri', di sini. 

Untuk sebahagian artikel berkaitan cemburu, sila klik Cemburu, di sini.

9 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Ilmu yg menafaat untuk saya

Wassalam

Mohamadazhan.com said...

salam kak, perkongsian yang menarik, insyaAllah akan cuba diaplikasi =)

Anonymous said...

Assalamualaikum Ummu,

Semoga Ummu sihat.

Begitulah kita, perasaan cemburu agak sukar nak dikikis dari hati. Tapi biarlah cemburu yang bertempat dan cemburu yang tidak merosakkan sesiapan. Cemburu kearah kebaikan diri.

zue said...

assalamualaikum ummu,
terima kasih atas tip mengatasi cemburu.

cemburu tandanya sayang...:)

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

Terima kasih atas saling ingat mengingati...:)

ummu said...

waalaikumussalam Atuk
tqvm sudi tinggalkan jejak di sini
sama2 saling mengingati kan atuk

ummu said...

waalaikumussalam Azhan
terima kasih banyak sudi ke blog biasa akak ni
inshaallah sama2 kita saling mengingati,kan Azhan

ummu said...

waalaikumussalam kak Hanim
alhamdulillah,setelah sebulan lebih berehat blogging, saya agak sihat sikit.maaf lama tak meninggalkan jejak di blog akak.

ummu said...

waalaikumussalam kak zue
benar, selalu itulah yang berlaku
kerna sayang, terbitnya cemburu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design