Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, October 27, 2011

Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?

Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak?

 Gambar kredit kepada cikgufendi85.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selalu saya ditanya, kalau di pasar, (Dulu-dulu lah, rajin ke pasar jual borong. Tapi sekarang payah. Laluan berKerusi roda takde)

"Susah ke? Senang ke, jadi cikgu,ni,nak? Jadi cikgu ni senang ye. Banyak cuti. Budak cuti, cikgu pun cuti" , tanya makcik penjual sayur ulam raja.

"Kak, best lah tengok akak jadi cikgu. Kerja dengan buku-buku je. Cuti pun banyak," ujar seorang gadis lepasan sekolah.

"Mana nak cari link keputusan KPLI ni? Tuan blog tahu tak ya?" begitu antara ulasan di blog wordpress saya, apabila saya publish entry berkaitan KPLI.

Pernah sehari, untuk hits KPLI tersebut saja, visitor menerjah masuk ke blog wordpress saya sehingga 5k dalam masa beberapa jam. Mahu tak jammed blog picisan saya tu. Habis bandwith nya. Agaknya tu sebab kena suspend je.

Ini semua, membuktikan, betapa ramainya yang berminat nak apply jadi cikgu.



Namun, apakah sebenarnya matlamat seseorang itu hendak menjadi cikgu? Cukupkah sekadar meengajar tulis, baca dan mengira sahaja?

Benarkah jadi cikgu banyak cuti? Bagaimana pula dengan tuagasan yang perlu dibawa kembali? Dan pelbagai lagi tugas sebagai pendidik.  Bagaimana pula dengan karenah pelajar?


Untuk menjawab soalan-soalan di atas, secara asasnya, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya. Tinggal lagi bagaimana kita mendepani dan menguruskan cabaran itu.

Apa yang penting, segala soal kerja tidak boleh sama sekali dibawa balik dalam minda kita semasa berada bersama keluarga, apatah lagi ketika bersama suami.
Cumanya, tugas menginsankan manusia, memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan setakat fizikal, tetapi jua mental yang kuat, semangat yang tabah, jiwa yang sabar dan sering jua bekorban kewangan. Tidak ketinggalan stamina dan tubuh yang sihat dapat membantu sesi pembelajaran dengan baik. 

Oleh itu, tidak dinafikan supplement tambahan seperti Spirulina Kels, Madu, Habbatus sauda', Minyak Ikan, Minyak Anggur Perahan Sejuk Vitis dan lain-lain sangat penting.

Berbalik soal kerjaya perguruan, yang kian mencabar ini, saya yakin, apabila kita bercakap dari hati, inshaAllah, akan jatuh ke hati jua. Kerana hati manusia itu kan,ibarat seketul batu. Lama-kelamaan, batu yang kena air, pasti kan hancur jua.

Saya tertarik dengan thread di salah satu forum di internet ini. Sila klik berikut:


Saya pernah berada di sekolah kategori bandar dan luar bandar. Di kawasan  hutan simpan negara pun pernah.

Apabila membaca thread di forum di atas, saya mengerti dan memahami situasi cikgu baru tersebut. Apa yang saya lalui, 10 tahun lalu, masih bermain di minda saya. Bahkan tempat yang dikatakan hitam itu pun saya pernah berada di sana.

10 tahun. Mungkin baru setahun jagung pengalaman saya ini. Dibandingkan dengan rakan-rakan senior saya. Namun selama 1 dekad itu, pelbagai asam garam, pahit manis, dunia seorang guru telah dilalui.

Bermula dari tidak minat, akhirnya bercambah cinta pada bidang pendidikan ini. Dan kerna cinta itu jualah, segala dugaan ditelan jua.

Pernah hadapi ugutan dan ancaman, menerima surat cinta dan lain-lain lagi. Namun, dengan S.A.B.A.R., dan bantuan Allah Yang Maha Esa, Alhamdulillah, pelajar yang mengugut itu akhirnya, menjadi anak murid yang soleh,solehah. 

Yang kaum lain, juga begitu baik. Pernah mengajar Kelas Peralihan, KELAS PEMULIHAN, mengajar subject ABM. Silang budaya antara kami, perbezaan budaya itu, membuatkan kami semakin erat. Tidak ada isu perkauman antara kami. Contohnya, kalau saya makan di kedai, tahu-tahu mereka dah tolong bayarkan.

Bahkan merekalah yang paling kuat menangis, bagai anak kecil, sewaktu mereka mengiringi pemergian saya dari situ.

"Siapa yang akan membimbing kami menjadi pelajar yang baik, bila cikgu dah pindah nanti?"

"InshaAllah, akan ada yang membimbing kamu," jawab saya.

"Saya berubah disebabkan cikgu. Sebab, cikgu percaya saya boleh berubah menjadi baik. Bagaimana kalau cikgu takde? Saya tak percaya, saya boleh kuat untuk kekal baik di sekolah dan di luar, kalau cikgu tak de," kata seorang lagi pelajar.

"N, kekuatan N untuk berubah, adalah datang dari kemahuan N sendiri. Datang dari kesungguhan N sendiri. Dari azam N, dan doa N yang bersungguh-sungguh, Allah bantu N untuk berubah. Jadi teruskan perubahan N tu. walaupun saya takde, Allah kan ada. Jadi sebab tu, N kena teruskan perubahan kebaikan N tu, kerana Allah, bukan kerana saya,"begitu antara titipan terakhir saya.

Pengalaman ketika berkerusi roda di salah sebuah sekolah, mungkin situasi saya agak asing bagi pelajar di sekolah tersebut. Ketika, pelajar-pelajar normal lain cuma memerhatikan ketika kerusi roda saya hampir ke tebing longkang.


 Lalu, Allah hantar  anak-anak khas kemudiannya yang sering tidak malu membantu menolak kerusi roda adalah antara pengalaman yang indah untuk dikenang. 

Namun, untuk menulis semuanya,rasanya tak cukup ruang di sini. Tambahan pula,ada sebahagian bekas pelajar saya yang mengikuti blog ini. Mungkin  ada kisah mereka saya catatkan di sini. Silap haribulan boleh buat Novel Memoir Seorang Guru Versi Tahun 2011 Oleh Blog Myukhuwwah pula.:). Ayat perasan lah pula.

Kesimpulannya, sesuatu kerja akan menjadi mudah atau susah akan difikir kemudian kalau kita berminat dengan bidang tersebut. Mendaki Gunung Himalaya atau berenang di laut dalam memang mencabar kalau difikir logik. 

Mungkin kita akan kata, buat mendelah, buang masa sahaja mencipta pengalaman atau rekod-rekod yang jarang dibuat orang. Namun, kerana ada minat dan kesungguhan mendalam untuk mencapai sesuatu, segala  masalah dan cabaran yang menghalang akan dianggap cabaran demi minat.

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Ummu

Harap ummu sentiasa dalam rahmat Ilahi.. lama makcik berdiam diri.. N3 ni mengingatkan makcik masa-masa menjadi guru.. mula dengan guru sandaran tak terlatih.. kemudian bila habis belajar minta jadi guru.

Benar kata ummu, kerja jadi mudah bila kita berusaha meminati apa yang kita buat. Kerja apa pun sekarang ini mencabar, terlalu banyak yang nak dibuat, jika orang kata gugru cuti banyak itu adalah persepsi dia sehingga dia sendiri menjadi guru.

wahida said...

pada saya bukan senang nak menggalas sebagai guru sekarang ni...kena berdepan dgn kerenah pelbagai student yg mcm2...belum lagi kerenah parent yg suka masuk campur hal sekolah..tak boleh jentik anak sikit...


eh, saya bukan cikgu...

salam kenal..terus follow sini...

ummu said...

waalaikumussalam makcik Werdah
alhamdulillah,makcik sihat sedikit sekaang ya? welcome back, makcik.Susah kan nak update dan ziarah blog,jika kondisi kita tak berapa sihat.

saya memohon maaf kerna lama tak ziarah blog makcik.

pengalaman adalah guru yang baik untuk kita, kan makcik.pasti makcik mempunyai banyak pengalaman setelah berpuluh tahun berada di arena ini.

ummu said...

terima kasih Wahida, sudi ke blog akak ini dan komen yang Wahida tinggalkan di sini.
gembira akak, salam kenal jua untuk wahida

ayunidati said...

singgah......

ummu said...

Terima kasih Yuni, salam kenal :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design