Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, January 19, 2012

Hati-hati semasa berbekam, Bekam Punca AIDS, HIV?

Bekam Punca AIDS, HIV?

Update pada Bekam Punca AIDS, HIV? Tajuk Bekam Punca AIDS, HIV? ini diambil ialah tanda soal. Ia bukan bermakna bekam menyebabkan Aids. tetapi dari aspek Bukankah bekam juga sunnah Rasulluah SAW.

 Namun di sini, saya memuat naik kajian yang dilakukan oleh ahli profesional HUSM, Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.(Posting ini adalah dipetik daripada KOSMO Online, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. klik disini). Laporan penuh Kosmo ada secara akhbar offline. Saya nak salin balik tak daya.

Hati-hati semasa berbekam

SEORANG peserta kajian menjalani rawatan bekam yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian di Kota Bharu semalam. Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil)



KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.



Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.


Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain. 


"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.


Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.(Posting ini adalah dipetik daripada KOSMO Online, sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. klik disini)

7 comments:

Unknown said...

Salam,
Minat nak tahu kesudahan hasil kajian prof berkenaan

Nida said...

As-salam Ummu...

Sebenarnya bila barang yang melibatkan cecair seperti darah, air liur memang sangat berbahaya kerana apa jua patogen mudah merebak melaluinya..

us hanafiah said...

Assalamualaikum warahmatullah, posting ini walaupun tidak menunjukkan kajian lengkap tetapi telah memberikan gambaran negatif tentang bekam tetapi tidak diketahui setakat mana kesahihannya iaitu benarkah penyakit seperti aids atau lain2 penyakit berjangkit melalui darah boleh merebak melalui peralatan bekam yang tidak bersih.Hendaklah diketahui bekam tidak akan mendatangkan kesan sampingan kerana ia adalah ibadah jika dilakukan dengan kaedah yang betul.Perlu diambil perhatian tidak pernah diriwayatkan atau direkodkan pesakit mengalami jangkitan melalui kaedah bekam sunnah walaupun sejak !400 tahun dahulu sedangkan pada masa itu tiada alkohol, dettol@ strelizer dan lain2 alat untuk mematikan kuman pada peralatan bekam.Tetapi ini tidak bermakna pembekam boleh mengabaikan aspek kebersihan.Saya beranggapan posting ini memberi gambaran negatif tentang bekam tanpan melihat ia dari sudut ibadah di mana orang yang melakukan bekam sunnah adalah dipelihara oleh Allah kerana melakukan ibadah sunnah samada pembekam atau orang yang dibekam. Jika benar penyakit boleh berjangkit melaui kaedah bekam maka kaedah ini tidak akan dapat bertahan lebih 1400 tahun seperti sekarang

Fahmi said...

Sokong kenyataan us hanafiah

Unknown said...

Assalamualaikum, saya seorang doktor perubatan..Konsep hijama adalah konsep pengeluaran, bukan pengenalam..meaning excretory procedure dan bukan introductory...maka adalah sangat tidak logik ia boleh menyebarkan penyakit.Sepatutnya doktor faham tentang sistem inflammatori badan yang ada di kulit..ianya sendiri sangat berkesan bagi menghalang kuman masuk ke peredaran darah...Kebenaran sudah nyata,,tetapi keegoan untuk tunduk kepada kebenaran dari lidah Rasul adalah penyakit sampai akhir zaman...Wallahu Alam

Unknown said...

Saya setuju sekalidengan pendapat us hanafiah

Unknown said...

Setuju dengan pendapat us hanafiah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design