Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, September 04, 2012

Samsiah Awang Wanita Pertama Dilantik Pengarah JHEAT

Samsiah Awang Wanita Pertama Dilantik Pengarah JHEAT



Samsiah Awang

 SAMSIAH (kiri) bersama ahli keluarganya di rumah mereka di 
Kampung Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Seorang pegawai agama, Puan Samsiah Awang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui jabatan agama apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sejak 26 Ogos lalu.


Bernama melaporkan, Samsiah, 54, ibu tunggal kepada sembilan anak dan memiliki sembilan cucu itu berazam untuk memberikan khidmat terbaik bagi membuktikan wanita juga berkemampuan memimpin jabatan yang menjadi tradisi diterajui lelaki.

LAPORAN DI KOSMO:


KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai agama, Samsiah Awang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui jabatan agama apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sejak 26 Ogos lalu.

Bernama melaporkan, Samsiah, 54, ibu tunggal kepada sembilan anak dan memiliki sembilan cucu itu berazam untuk memberikan khidmat terbaik bagi membuktikan wanita juga berkemampuan memimpin jabatan yang menjadi tradisi diterajui lelaki.

"Saya berharap mendapat sokongan daripada semua kakitangan jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga.

"Saya juga bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan meminta petunjuk daripada Allah sekiranya terdapat masalah dan cabaran besar untuk bergerak seiring dengan hasrat kepimpinan kerajaan negeri yang mahu Terengganu terus maju dengan syiar Islam," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Samsiah sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah JHEAT menggantikan Mohd. Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Katanya, walaupun ia satu tanggungjawab besar yang perlu digalas, beliau yakin mampu menyumbang khidmat cemerlang menerusi semangat kerja berpasukan.

Pengalaman luas Samsiah dalam bidang keagamaan bermula sejak kecil dan hasrat beliau kini ialah meneruskan impian ibu bapanya dalam menegakkan syair Islam di Terengganu.

"Arwah ayah saya, Datuk Awang Ismail adalah bekas Imam Masjid Negeri dan guru agama kepada Almarhum Sultan Mahmud, ayahanda kepada Sultan Terengganu sekarang, iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya.

Arwah suaminya, Rozali Awang pula bekas ketua penolong pengarah di JHEAT yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Kosmo! di rumahnya di sini semalam, Samsiah berkata, beliau sama sekali tidak menyangka akan diberi tugas baharu itu walaupun selepas 30 tahun berkhidmat dengan JHEAT.

"Secara ikhlas, saya tidak pernah sangka akan memikul tugas Pengarah JHEAT. Insya-Allah saya tidak kekok dalam menjalankan kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha memenuhi amanah dipertanggungjawabkan.

"Ia juga satu pengiktirafan kepada golongan wanita. Ini bukan tugas mudah dan penuh cabaran apatah lagi JHEAT mempunyai tujuh jabatan yang kesemuanya diterajui lelaki," katanya.

Samsiah memberitahu, sepanjang tempoh bekerja di JHEAT, beliau tidak berdepan masalah dengan kakitangan malah mengenali mereka dengan rapat.

Beliau berharap lebih 500 kakitangan di tujuh bahagian dalam JHEAT dapat bersatu hati untuk meningkatkan prestasi jabatan itu.

Dalam pada itu, wanita yang berasal dari Kampung Tanjung, Kuala Terengganu ini memberitahu, beliau banyak mendapat inspirasi daripada bapanya.

"Arwah ayah banyak berpesan agar anak-anak sentiasa mempunyai sifat bersabar dan tidak sombong," ujarnya.

Sementara itu, anak beliau, Noor Fadhlina Ghazali, 25, mengaku terkejut apabila mendapat tahu ibunya menggalas tugas sebagai Pengarah JHEAT.

"Bagaimanapun, bila difikir balik, ibu mampu memikul tugas itu kerana beliau mempunyai pengalaman luas di jabatan tersebut," katanya.

PETIKAN DARIPADA AKHBAR BERITA HARIAN:

Kuala Terengganu: Ketua Penolong Pesuruhjaya (Dakwah), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Samsiah Awang menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuat kuasa 26 Ogos lalu.

Pelantikan Samsiah, 54, yang juga ibu tunggal kepada sembilan anak berusia antara 15 dan 30 tahun menerajui JHEAT diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga ketua agama negeri. 

Samsiah berkata, pelantikannya menerajui JHEAT adalah satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan kepada wanita.

Saya berjanji melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk merakyatkan pentadbiran negeri”. - Samsiah Awang, Pengarah JHEAT
“Saya masih teruja dan tidak percaya apabila menerima surat perkenan Sultan Mizan untuk menerajui JHEAT, tetapi saya berjanji melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk merakyatkan pentadbiran negeri.

“Walaupun menjadi bos kepada lebih 700 pegawai dan kakitangan jabatan, terutamanya membabitkan lelaki, saya yakin mereka akan memberi kerjasama serta sokongan penuh untuk menjadikan jabatan agama sebagai institusi dihormati di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 dan Jamuan Aidilfitri di Dewan Auditorium JHEAT, di sini, semalam.

Majlis penyampaian APC peringkat JHEAT dirasmikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan turut dihadiri Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Rozali Saleh.

Samsiah memulakan tugas di JHEAT sejak 1982 dan dia adalah pegawai paling kanan di jabatan itu. Sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pesuruhjaya, beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Undang-Undang Keluarga di jabatan berkenaan.

Suami Samsiah, Rozali Awang meninggal dunia pada 2009 dan pernah menjawat jawatan yang sama di JHEAT.

PETIKAN DARIPADA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA:

KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Penstrukturan semula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menyaksikan Samsiah Awang, (gambar) dilantik sebagai pengarah pertama jabatan tersebut, sekali gus menjadikannya wanita pertama di negara ini menerajui jabatan agama.

Samsiah, 54, merupakan bekas Ketua Penolong Pesuruhjaya (Dakwah) dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika memaklumkan perkara tersebut berkata, pelantikan itu adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula membabitkan tiga jabatan berkaitan agama di negeri ini.

Pada masa sama, katanya, dua jabatan baru juga akan diwujudkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) (Pindaan 2012).
"Jawatan pengarah diwujudkan bukan sahaja bagi diselaraskan dengan negeri-negeri lain tetapi memantapkan pentadbiran selain meringankan tugas Pesuruhjaya yang kekal disandang oleh Datuk Mohd. Rozali Saleh.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design