Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, January 03, 2011

Ujian Itu Tanda KasihNya

Ujian Itu Tanda KasihNya
http://www.myukhuwwah.com

Setiap insan Allah beri pelbagai bentuk ujian. Ada dalam bentuk kesenangan, ada dalam bentuk kesusahan. Namun adalam apa jua bentuk, sebenarnya, kita lebih kerap terlupakan Allah waktu senangnya kita.

Ada insan yang diuji kehilangan insan tersayang, ada yang diuji diri sendiri atau keluarga atau sahabat terdekat ditimpa kemalangan, ada insan yang diuji dengan perniaagaan jatuh bankrap, ada orang diuji dengan anak yang sakit, ada insan yang diuji dengan kesakitan kronik yang menimpa dirinya, ada yang diuji terpaksa tinggal berjauhan sesama suami isteri serta anak-anak demi rezeki.

Ada yang diuji, berpisah kasih sayang dengan insan tercinta samada bercerai hidup atau berpisah mati. Ada yang diuji masih menanti jodoh, teman sehidup semati, menemani perjalanan hidup di dunia, menuju redha Ilahi. Menanti doa bersambut, teman berlawanan jenis di sisi yang setia menemani, saling berpesan dan mengingatkan pada jalan yang diredhai Allah, bercinta dari dunia fana hingga ke syurga.

Apa jua ujian menimpa, pasti semua itu untuk melihat sejauh mana iman kita. Allah berfirman dalam Surah Al Ankabut, ayat 2, ertinya;


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)"


Seseorang menitip kata, penguat semangat diri, mengekar obor langkah ini yang mesti diteruskan. Pandangan sayu anak-anak sendiri, pandangan mengharap anak-anak bangsa, dilayangkan pada sekujur tubuh berkerusi roda.

"Kalau kita rasa susah, ada orang lagi susah dari kita.
Kalau kita rasa sakit, ada orang lagi sakit dari kita.
Kalau kita rasa perit, ada orang lagi perit dari kita."


Ujian, satu kemestian dalam hidup. Satu sunnatullah yang menjadi ketetapan Allah buat semua hambaNya. Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Musibah yang menimpa, jelas dan terang dapat diterima oleh hambaNya yang beriman sebagai satu ujian Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat hambaNya atau buat jalan memberi pahala.

Pernah myukhuwwah menyaksikan dan melihat insan-insan yang sangat cekal meski diuji. Samada diuji dengan kanser tahap IV, disahkan tidak boleh hamil, suaminya beristeri lagi, status sebagai isteri kedua, diuji hilang keupayaan fizikal dan penglihatan serentak, diuji diceraikan oleh suami melalui SMS, diuji terpaksa tinggal berjauhan bertahun lamanya dengan suami dan anak-anak termasuk anak yang sakit kronik, dan pelbagai ujian lagi.

Manakala nikmat juga adalah ujian yang sering terleka oleh manusia untuk diterimanya sebagai ujian yang datang menguji keimanan, tetapi sering dianggap hanya sebagai limpah kurnia Allah dek kerana sayangnya Allah pada kita. Maka kita selalu lalai dengan nikmat.


Percayalah, Tidak selamanya rasa sakit itu tidak beharga, sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.

Dan rupanya kadang kala menyepikan diri itu sangat indah. Meski diterpa rindu yang membara, pastinya, apa yang harus diutamakan, itulah yang diutamakan. Dan di antara tuntutan kehidupan di alam fana ini, samada di alam realiti atau alam maya dunia tanpa sempadan, pastinya salah satu yang mesti dipilih. Demi kelangsungan sebuah kehidupan.

10 comments:

Werdah said...

Salam ummu

Mudah2an kita semua tahan diuji bak kata para ulama' nak dapatkan emas tulin perlu dipanaskan terlebih dahulu..

ibuintan said...

assalamualaikum ummu,

selamat kembali bertugas

memang setuju sangat, Allah juga tidak akan memberi hambanya ujian jika hambanya tidak mampu mengalasnya

mamawana said...

Sungguh ujian itu tanda kasihnya. namun, ketika dlm ujian kekadang kita terlupa disebalik hikmahnya. bahagia bagi mrk yg redha dan ikhlas. Insyaallah diganti dgn yg lebih baik.

IMANSHAH said...

semua orang pernah diuji, antara kecik atau besar sahaja ujian itu..moga diberi kekuatan kak Ummu

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
sunnguuh indah madah pujangga ulama' itu kak.terima kasih ya kak

ummu said...

waalaikumussalam ibuintan
selamat kembali bertugas untuk akak jua.hari pertama yang sungguh sibuk kan,kan?

ummu said...

mamawana, mencari butiran hikmah itu kadang kala ia bukan pada masa itu, mungkin saja bertahun lamanya baru ditemui,kan kak..

ummu said...

inshaAllah,iman,doakan ya.

Kakzakie Purvit said...

Salam Ummu,

Sesungguhnya hanya yang terpilih akan diberikan ujian itu oleh Nya. Oleh itu kita kena redha kerana setiap ujian itu ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui.

mama affan said...

alhamdulillah..moga kasih Allah berpanjangan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design