Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Selamat Menyambut kelahiran nabi Muhammad SAW pada hari ini, 12 rabiulawwal 1432 Hijrah dan jua bersamaan 15 Februari 2011.
wahai diri saya,
usahlah mengharap simpati orang. Kamu sendiri yang kena bangkit. Bangkit kembali bak kata Kak Werdah.
Biarpun kini kamu berada di tahap paling bawah kehidupanmu, dan paling bawah dalam kerjayamu, bahkan bagaikan tiada dalam ruang tugasmu, usahlah bersedih dan berduka hati.
Kamu ada anak-anak. Pandanglah dan renungkanlah mata kecil mereka yang mengharap simpatimu. yang dahagakan kasihmu. Meski jarang kamu dapat sentuh diri anak-anakmu, namun biarlah ia meninggalkan kesan yang positif di hati mereka.
Anak-anakmu, adalah obor untukmu bangkit kembali. Maka janganlah merasakan kehadiran mereka menyusahkanmu mseki kamu susah untuk bergerak.
sekarang kamu berada di daerah orang. Di rantau orang. MESKI sebangsa dan segama namun bukan dari keluargamu, maka pandai-pandailah bawakan dirimu di tempat orang.
Wahai diri saya,
Pandanglah wajah anak-anakmu...pandanglah mereka. pandanglah mereka...
semoga dirimu kuat dan cekal mengharungi kehidupan ini.
Sekian,wassalam.
13 comments:
salam maulidur rasul ummu..
teruskan bangkit dan ceriakan hidup mu
Assalamualaikum umm...
Selamat menyambut Hari Kekasih Kita...Kekasih Agung, kekasih awal dan akhir....Ya habibi Ya Rasulullah.
Salam Maulidur RAsul Ummu ..
salam maulidur rasul kak ibu intan,terima kasih kak
waalaikumussalam kak cKlah,selamat menyambut mulidur rasul jua untuk akak.terima aksih ya sudi ke sini
waalaikumussalam tuan releven
selamat menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW jua untuk tuan syed
sekian
Salam Ummu,
Semoga Ummu berada dalam keadaan sihat sentiasa dan diberkati Allah.
Betul sekali apa yang 'Ibu' katakan itu. Demi anak-anak kita redha segalanya. Anak-anak perlu menempoh jalan yang masih panjang berbanding kita, jadi demi anak, teruskanlah kehidupan, dan terus menikmati kebahagian yang dikurniakan Allah.
as salam ummu..salam maulidulrasul.
semoga ummu sihat sentiasa..
Asslamualaikum ummu,
Atas kekuatan itulah maka ummu harus tahu ujian Allah berikan ada yg belum kita tahu sehingga akhirnya tiba waktu baru nikmat itu kita rasai...
Salam maulud nabi buat ummi juga. terima kasih kerana sudi dtg ke blog ana
Salam ukhwah dan Salam maulidur rasul buat ummu sekeluarga, terima kasih kerana sudi datang ke blog ana.
assalamualaikum ummu..
salam singgah di pagi Rabu..semoga ummu dan keluarga terus sihat dan dirahmati Allah SWT
salam maulidurrasul ummu.. :)
Post a Comment