Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, May 07, 2011

Al Fatihah Untuk Mereka

AL FATIHAH



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam takziah kepada keluarga mereka yang sedang dilanda kedukaan berikutan perginya insan kesayangan ke alam baqa'.



Al fatihah untuk Nursyaza Alisa Syed Ahmad, 5,  adiknya, Nursyaza Azira, 4, 


Al fatihah jua untuk Allahyarham  Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.


 Sanak-saudara dan jiran tetangga sedih dengan kejadian kontaktor, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu yang mati dibunuh di Kampung Gemeti, Bentong, Pahang, semalam. 

Allahyarham dan allahyarhamah yang juga 'Ahli Surau",  Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti, Bentong, di sini awal pagi ini. (4 Mei 2011). Berita lanjut sila klik sini.


Al fatihah jua untuk Allahyarham Zulkifly Hamzah, 43, seorang lelaki mulia yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak-anak kecil lain di laut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al fatihah untuk semua muslimin muslimat mukminin mukminat yang telah meninggal dunia.......


Sebahagian berita...Tragedi Ulu Bendul dan Lelaki Mulia Meninggal dunia

readmore...


Berita 1: Tragedi Ulu Bendul

Kuala Pilah: Mayat dua daripada tiga kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika mandi sungai bersama keluarga mereka di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi Rabu.

Kuala Pilah: Mayat dua daripada tiga kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika mandi sungai bersama keluarga mereka di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata mayat Nursyaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 3.15 pagi kira-kira 500 meter dari tempat kejadian manakala mayat adiknya, Nursyaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan yang sama pada 10.20 pagi, 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Katanya mayat kedua-dua kanak-kanak itu, yang dicam oleh ahli keluarga mereka, kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini.

Jaafar berkata usaha mencari adik kepada kedua-dua kanak-kanak itu, Nursyaza Sakina, 2, diperhebatkan membabitkan 100 anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam,Rela, polis, tentera, Jabatan Perhutanan dan penduduk kampung.

Dalam kejadian pada 5 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi manda di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, yang turut dihanyut arus deras, diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan melawat tempat kejadian hari ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Syed Ahmad.

Katanya kerajaan negeri akan uruskan bantuan kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata kejadian arus deras jarang berlaku di kawasan sungai Ulu Bendol tetapi akibat hujan lebat di hulu sungai, ia telah menyebabkan terjadi apa yang dipanggil "kepala air".

Pengarah Perhutanan Negeri Roslan Ariffin, yang turut hadir, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memasang sistem amaran awal di sungai kawasan perkelahan di seluruh negeri.

Katanya sistem amaran ini akan berbunyi apabila paras air sungai naik mendadak untuk memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk beredar dan menyelamatkan diri.

"Kita juga akan memasang papan tanda amaran agar tidak mandi di kawasan berkenaan terutama ketika musim hujan," katanya.-BERNAMA
 

Ajal bantu murid lemas


PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas.
“Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka.

“Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ.

Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika Zulkifly memberi bantuan CPR, murid lelaki itu masih tidak sedarkan diri.

“Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri,” katanya.

Ibu Zulkifli, Nyapon Jantan, 63, berkata, anaknya itu berulang kali memberitahu bahawa dia akan pergi jauh.

“Namun, ketika itu saya tidak perasan sebarang perubahan dia kerana beranggapan dia mahu pergi jauh untuk bekerja. “Saya reda menerima berita kematiannya, namun saya tidak menyangka ia berlaku terlalu cepat sekali,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat membancuh segelas air teh dan minum petang bersama arwah.

“Dalam perbualan itu, arwah berkata dia akan pergi jauh untuk mencari kerja kerana Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.

“Kemudian, anak saya dengar tiga budak lelaki terkapai-kapai menjerit meminta tolong di tengah laut lalu terus berlari ke pantai memberi bantuan kepada mereka.

Sepupu Zulkifly, Badiozaman Abu, 43, yang turut sama memberi bantuan kepada tiga budak lelaki itu melihat Zulkifly jatuh pengsan selepas itu.

“Saya terus mengangkat dan membawanya ke kereta untuk mendapat rawatan di HPD. Ketika diberitahu dia sudah meninggal dunia, lemah seluruh anggota badan,” katanya.

Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8.

Sementara itu, tiga murid sekolah itu selamat dan seorang daripada mereka kini mendapat rawatan di HPD.

5 comments:

ibuintan said...

assalamualaikum Ummu,

moga sihat

alfatihah... semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan para syuhadah

semuanya kejadian yang tidak terjangkakan, perginya dengan tiba2

seorang mangsa tragedi Ulu Bendul masih belum ditemui

Anonymous said...

Assalamualaikum Ummu,

Selamat Hari Ibu pada Ummu, semoga Ummu sihat sentiasa.

Alfatihah pada semua roh-roh arwah muslimin dan muslimat.

Tergenang air mata bila membaca kisah kematian yang amat teragis. Semoga mereka tabah.

nurkass said...

allahuakbar..
al-fatihah..

Zaitun said...

Al-Fatihah buat yang telah pergi menemuai penciptaNya semoga di tempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.

Werdah said...

Assalamu'alaikum ummu

Al-fatihah buat mereka yang pergi, semoga ditempatkan dalam golongan yang dirahmati Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design