Alfatihah untuk allahyarhamah Ratna Sufizzah Riyanti Omar.
Artikel sbeelum ni...
Bahkan kerana cinta juga, dendam kian membara. Lebih parah apabila dendam cinta itu sehingga ke peringkat berlakunya pembunuhan..Semoga kita terhindar daripada bencana ini. Salam takziah untuk keluarga mangsa.
Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang akhbar di sini pada hari Selasa.
Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lepas.
Adzaman berkata lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual.
-- BERNAMA
7 comments:
assalamualaikum ummu,
apa khabar, moga sihat...
bila nafsu dan dendam menguasai diri, akal pun tewas juga
As-salam Ummu....
menakutkan... macam2 perkara yg berlaku sekarang
assalam ummu..sungguh akak tak faham sekarang ni..
seolah olah nyawa manusia tidak berharga..
membunuh sesuka hati..
bila nafsu menjadi raja
WAALAIKUMUSSALAM iBU iNTAN
akal tewas
sekalnya lepas.
waalaikumussalam Nida
benar tu Nida.rasa cam dah tak selamat je
nur adha. benar tu
Post a Comment