Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, November 04, 2011

Cucu Natrah Balik Kampung

Cucu Natrah Balik Kampung, 2 Cucu Natrah, Seronok  Balik Kampung 

 Gambar Natrah, sewaktu kanak-kanak, di sekolah rendah di Terengganu.

Natrah, atau nama nya, Isu Natrah, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950. 


Kisah tentang Natrah pernah dibukukan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Fatini. Natrah, Cinta- Rusuhan- Air mata. Diterbitkan oleh UTM. Difahamkan, Yang Berbahagia Datin Seri Fatini, tak ambil royalti dari buku ini.
 
Ikuti ulasan seorang guru dari Jerantut, Pahang, di sini, Masih ingatkah Peristiwa Natrah? 

Dan tulisan Puan Haslina Hussin, di sini, Natrah Dalam Lipatan Sejarah.

Hari ini, diberitakan bahawa, cucu Natrah ada pergi ke Malaysia. Mereka dilaporkan gembira bertemu dengan keluarga angkat neneknya.

Sebahagian petikan berita daripada akhbar:

“Kami teruja dan gembira dapat bertemu keluarga yang pernah bersama nenek dulu. Kami banyak mengetahui kisahnya daripada ibu bapa dan internet,” kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah Maarof atau Maria Bertha Hertogh.  

Sasha, cucu sulung Natrah, bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dibawa dari Belanda untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah, di Kampung Mak Chili Paya di sini, semalam, atas inisiatif Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia The Hague, sempena program ‘Building Bridges, iaitu program menggalakkan pelajar luar melancong ke negara ini.

Sasha adalah anak kepada pasangan Jan Van Gastel dan Carolien Van Gastel, manakala Romy adalah anak kepada Frans Wolkenfelt dan Carla Wolkenfelt.

Carolien anak perempuan Natrah, manakala Wolken-felt anak sulung Natrah.

Kali pertama bersua, dua gadis itu pada mulanya agak kekok, namun keramahan keluarga Rokayah melayani mereka membuatkan suasana bertukar lebih selesa hinggakan suasana hiba terbit apabila Sasha dan Romy mahu pulang selepas kira-kira empat jam bersama. 

Sasha dan Romy turut bertukar cenderamata dengan keluarga pesara guru itu dan dibawa melawat rumah lama Che Aminah di Kampung Gong Pauh, di sini.

Sasha yang saling tidak tumpah iras Natrah agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi dibantu Romy yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak putus-putus berbual mengenai kisah silam dengan Rokayah, yang melayan mereka sambil menunjukkan gambar dan laporan meluas media mengenai Natrah di negara ini.

“Di sana (Belanda) orang tidak ambil kisah kami cucu Natrah, tetapi apabila di sini, kami agak terkejut apabila menjadi tumpuan dan ditemubual seperti ini. Kami diberitahu mengenai perancangan membawa kami ke sini seminggu lalu dan kami sangat teruja.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design