Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, April 12, 2012

Doktor Pelatih Meninggal Di Tandas Wad

Doktor Pelatih Temui ajal Setelah bekerja selama lima hari berturut-turut akibat lebihan dos

KAJANG – Kakitangan Hospital Kajang di sini semalam gempar apabila seorang doktor pelatih yang telah bekerja selama lima hari berturut-turut tanpa cuti ditemui mati di dalam tandas di Wad Pediatrik hospital itu selepas dia disyaki terlebih dos setelah menyuntik sejenis ubat ke dalam badannya.

Mayat Lee Chang Tat, 29, ditemui pada pukul 7 pagi oleh rakan setugasnya dalam keadaan terbaring dan pucat di dalam tandas wad berkenaan. Sebatang picagari turut ditemui di sisi mayat doktor pelatih itu yang telah berkhidmat selama tiga tahun di hospital tersebut.

Belum dipastikan lagi motifnya tetapi ada kemungkinan mangsa bertindak menyuntik cecair itu ke dalam tubuhnya akibat keletihan.

Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan pegawai perubatan siswazah bertugas pada syif malam bermula pukul 9 malam di wad tersebut. Dia telah berkahwin sejak tiga tahun lalu.

Seorang pengawal keselamatan Hospital Kajang memberitahu, dia bergegas ke wad berkenaan sebaik terdengar bunyi kecoh sekumpulan kakitangan yang menyedari mengenai kematian doktor pelatih tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 p/s: Mempunyai beberapa keluarga dan rakan yang bekerja sebagai doktor. Jadi, saya tahu besar pengorbanan mereka. Kadang tu, mereka tak sempat nak makan lagi, dan tak cukup tidur. 

Pengalaman di lantai wad hospital kerajaan selama beberapa ketika, telah membuka mata saya bagaimana para doktor ini berusaha membantu pesakit mereka. 

Ada juga doktor yang sakit, tetap datang merawat saya atau bertanya khabar perkembangan saya.

3 comments:

Siti Asiah said...

bESAR Pengorbanan doktor kan...:)

Kakzakie said...

Assalamualaikum Ummu... betul besar pengorbanan doktor.. kesian juga walau sebab sampingan kita tak tahu lagi...

ummu said...

Siti Asiah,benar tu

kakzakie waalaikumussalam kak \.tulah kak masa baca paper offline kosmo kat umah tadi, kesian pada doktor ni.tapi dalam kes ni kita belum tahu punca sebenar kematiannya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design