Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, April 08, 2012

Sheikh Abdul Aziz di IKIMfm

Sheikh Abdul Aziz Fredericks di IKIMfm bermula 8 April



Alhamdulillah, selepas Imam Suhaib Webb mengisi slot Inner Dimension, seorang lagi ulama tersohor khususnya di kalangan umat Islam sebelah Barat, telah bersetuju untuk menyumbang kepada rancangan di radio IKIMfm. Kali ini tokoh yang dimaksudkan adalah Sheikh Abdul Aziz Fredericks
 
Sheikh Abdul Aziz merupakan anak kelahiran Nottingham, England mendapat pendidikan di Leicester, London dan beberapa tempat lagi. Bagi mendalami ilmu Islam, Sheikh Abdul Aziz telah merantau ke serata tempat mencari guru yang mursyid dan pernah berguru dengan Almarhum Habib Mashur Al-Haddad r.a  yang merupakan salah seorang tokoh ulama tasawwuf yang terkenal di abad ke-20 dan juga dengan Sheikh Abdul Rahman al-Khitami dari Kenya. 

Beliau kini berkhidmat sebagai guru di Glasgow Scotland United Kingdom dan kerap diundang ke luar negara untuk menyampaikan syarahannya. Beliau berada di Kuala Lumpur pada minggu lepas atas undangan Al-Wariseen untuk program Maulidur Rasul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 31 Mac lalu.

Sheikh Abdul Aziz akan mengisi slot "Commentary on Forty Hadith" dengan mensyarahkan kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi r.a. Rancangan  30 minit ini akan disiarkan setiap hari Ahad jam 5 petang waktu tempatan (+8 GMT) dalam segmen English Section dan diterbitkan oleh Mazlina Ismail. Siri pertama dijangka bersiaran pada Ahad 8 April 2012.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design