Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, February 14, 2013

Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan

Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan 

 

Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan, Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63,  yang juga merupakan Ibu Catriona Ross. Al Fatihah juga untuk allahyarhamah Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42.  Takziah untuk keluarga mangsa.

Ibu Catriona Ross maut nahas






BEGINILAH keadaan kereta Proton Saga BLM yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Zawiyah dan dua kenalannya maut di Gerik semalam.



GERIK - Ketika peristiwa kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 14 April 2007 masih belum dapat dilupakan, pelakon Catriona Ross kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibunya selepas warga emas tersebut maut dalam nahas semalam.





Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di Kilometer 61.8, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Perhentian Titiwangsa dekat sini itu mengakibatkan Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63, meninggal dunia di tempat kejadian.


Turut maut dalam kejadian itu ialah dua kenalannya, Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42. Pemandu kereta Proton Saga BLM, Mustapa Che Su, 59, pula parah dan kini dirawat di Hospital Taiping dekat sini.


Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah kenalan mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang.


Difahamkan selepas itu, kesemua mangsa bercadang untuk menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Zabaydiah, Merbok, Kedah namun hasrat itu tidak tercapai.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mustapa telah bertembung dengan sebuah bas di laluan bertentangan ketika hendak memotong beberapa kenderaan di hadapannya.


"Ekoran itu, kereta tersebut telah terbabas ke dalam longkang. Tempat kejadian terletak tidak jauh dari Hutan Belum dan berkabus," katanya.


Tambahnya, pemandu dan 29 penumpang bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Terengganu tidak cedera.


Menurut Manab, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gerik dekat sini.


Sebelum ini, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, yang membintangi beberapa filem dan drama seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya patah pada 14 April 2007.


Kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan itu berlaku selepas kenderaan Chevrolet yang dipandu rakannya, Jeniffer Govia ke arah Ayer Keroh, Melaka dirempuh sebuah treler.


Sumber: Kosmo


4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Al Fatihah

insan marhaen said...

Takziah dan Al Fatiha.

Kita dan dunia ini bukan milik kekal kita...

ckLah @xiiinam said...

Innalillahi...

Unknown said...

Al Fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design