Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, August 06, 2011

Kisah Ibu, Di ramadan ini...

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan, Untuk Semua Muslim




Alhamdulillahi rabbil a'lamin. Syukur pada Ilahi, dapat bersua kembali, ramadan kali ini.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana teman-teman followers semua. 

Saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf atas segala kekasaran bahasa mahupun kata-kata sepanjang kewujudan saya di alam blog. Saya juga memohon maaf, jarang dapat menziarahi blog kawan-kawan mahupun menulis entri terbaru, yang lahir dari Bicara Hati Ibu, sebagaimana awal-awal saya berblog dahulu.

Alhamdulillah, atas sokongan rakan-rakan sekalian, samada rakan followers yang sering meninggalkan kata-kata semanagat, mahupun daripada kawan-kawan sekerja, saudara mara saya walau di mana berada, alhamdulillah, kini saya berada di fasa yang baru dalam kehidupan ini.

Semenjak tidak lagi bergelar housewife graduated, saya semakin sibuk dengan dunia saya. Sibuk bukan sebab banyak kerja,:). Tetapi disebabkan proses penyesuaian diri sebagai OKU. Tidak mudah. Menyelaraskan apa kudrat yang dipinjamkanNya, untuk menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin membesar, syukur alhamdulillah si kecil sudah melepasi fasa penyusuan susu ibu. Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah bantuan Allah dari pelbagai bentuk. Alhamdulillah.

Tidak mudah menyesuaikan diri sebagai OKU di tempat orang. Namun syukur Alhamdulillah, kasih sayang Allah sangat luas untuk kita. Kadang kala seseorang itu, tiada kaitan darah dengan kita, namun Allah hantar dia untuk bersahabat atau membantu kita.

Jika kita membantu orang lain, dan melihat orang itu gembira kerana masalahnya selesai, dengan sendirinya, dengan izin Allah, kita akan rasa bahagia. Bahagia itu besar nikmatnya. 

Alhamdulillah. Saya bersyukur, kerana klien saya tidak mengira keadaan fizikal saya. sebaliknya menjadikan lahiriah saya itu sebagai motivasi.

"Kalau cikgu berkerusi roda pun, boleh pergi bekerja, takkan saya, yang normal ni, nak ponteng sekolah, hanya disebabkan perceraian ibu bapa saya,"ujar seorang gadis remaja yang menemui saya.

Ada yang berazam mahu menjadi doktor, bagi membantu merawat saya suatu masa nanti. Ada anak-anak yang menumpang kasih di rumah kebajikan, menumpang kasih seorang ibu daripada saya.


Saya memohon maaf kepada teman-teman bloggers, kerana jarang dapat meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Sejak beberapa bulan ini, jari-jari saya semakin lemah. Untuk menaip di keyboard juga, memerlukan masa, typing error pun, aduhai cukup banyak.

Saya mengucapkan selamat menyambut ramadan, kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog saya ini. saya tinggalkan entry saya ini dengan 2 keping gambr ini, sebagai tatapan semua.

 Tembikai ni, sedap dan lazat. tak berapa manis. eloklah untuk orang yang tak berapa sihat. Lepas tu, buah tembikai ni buah organik, takde diracun, takde baja.

Jom berkayak. Saya tengok je diorang berkayak. :)

selamat menunaikan ibadah, selamat menunaikan tarawikh dan lain-lain ibadah. Sekian, wassalam.





4 comments:

IMANSHAH said...

salam, terus kah hidupmu dengan semangat yang tabah wahai ibu..salam ramadhan

abu muaz said...

salam ramadhan. moga tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini.

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

singgah di sini sebentar...

Unknown said...

SALAM,
MENDOAKAN KESIHATAN YG TERBAIK. SELAMAT BERPUASA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design