Alhamdulillhirabbila'lamin
Dan beberapa panduan
dalam menjalani ibadah puasa
Ramadhan yang bakal ditinggalkan
Aidilfitri yang bakal menjelang
Ada sedih
Ada gembira
Berbaur menjadi satu
Sedih di hati ini
ramadhan yang mengesot pergi
Ramadhanku ini
yang tidak seseri
..para sahabat as sabiqunal awwalun.
..siang penuh perjuangan
..malam dinihari penuh dengan ibadah kerna kecintaan
..kecintaan yang tinggi
--pada Rabbul Izati
..dan Rasul Khatamul Anbiya
..penutup segala Rasul dan Nabi
Aidilfitri mereka
Takbir penuh semangat
sedang
Aidilfiri ku
Takbir yang lesu...
Ramadhan, Yang Bakal Ditinggalkan...
Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H http://www.abgshah.com/
Kepada kawan-kawan followers saya minta maaf tak sempat lagi membalas komen dan mengunjung blog kawan2, agak sibuk sikit, bersama mertua.
Semoga kawan-kawan selamat dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Kawan-kawan sekerja saya ramai yang dah kembali ke kampung halaman, ada yang mengambil cuti tahunan. Saya sahaja di sini. Bersama suami dan keluarga mertua. Wassalam.
2 comments:
Assalamualaikum Ummu,
Semoga Allah panjangkan umur kita dan dapat menyambut lagi Ramadhan di tahun2 seterusnya,
selamat hari raya..maaf zahir batin dr sy sekeluarga..moga berbahagia dihari mulia nanti..
Post a Comment