Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, November 05, 2011

Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,

Baby Crystal Bahaya, Jangan Beli,

Salam simpati untuk keluarga si kecil ini.

Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.

Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia.


Bayi nyaris maut makan jeli kristal

SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, Kuantan,

KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.


Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.
Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.
"Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.
Mohd. Khairudin yang mempunyai dua anak berkata, dia menyangka bebola ditelan itu tidak memberi kesan dan akan keluar bersama-sama dengan najis anaknya.
Namun selepas beberapa hari, katanya, Ifti Ilya Farhana mula demam dan muntah-muntah.
"Dia juga tidak mahu makan dan minum. Saya membawanya ke HTAA, Sabtu lalu untuk dirawat.
"Selepas ujian X-ray, doktor mengesahkan tiada apa-apa di dalam perutnya. Bagaimanapun pada malamnya, anak saya tiba-tiba muntah dan turut mengeluarkan sebiji bebola jeli kristal," ujarnya.
Justeru keesokannya, dia terus membawa anaknya ke hospital lalu doktor mengesahkan bahawa bebola itu berada di dalam usus kecil dan perlu dibedah segera.

Katanya, selepas dibedah selama dua jam, doktor memaklumkan keadaan anaknya itu stabil dan akan sembuh dalam masa seminggu.

"Pembedahan itu berjaya mengeluarkan bebola kristal itu yang telah mengembang sehingga sebesar bola ping pong," katanya.

8 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Mudah2han apa yg telah terjadi menjadi iktibar buat kita semua terutama yg mempunyai anak2 kecil..

Ps: selamat hari raya aidiladha buat ummu sekeluarga.. :D

Acik Erna said...

assalam ummu..selamat hari raya aidiladha..
bahaya rupanya ye ummu..sebab boleh mengembang dalam perut..kesian dia..mudah2an cepat sembuh..

Ros said...

Salam,

Budak2 kecik ni, kena diawasi selalu,depa tengok apa pun semuanya depa ingat boleh di makan...kalau kita ada nak kecik ,jangan lah letak benda2 yang bahaya kat tempat yang depa boleh ambik..

You N Me said...

Salam Singgah... mohon amik link blog ni.. n
follow.. :)kalo free.. singgah2 la blog saya yang biasa2 tu...

ummu said...

Zefa, apa yang berlaku mungkin jarang2 terjadi, tetapi ia tetap berbahaya.Kasihan anak kecil kita.mereka tidak tahu apa2,kan

ummu said...

Salam Kak Erna
bebola ni, memang bahaya,kan kak untuk anak kecil.semoga anak keciol inis egera sembuh dan ibunya tabah hadapi dugaan ini

ummu said...

waalaikumussalamRos
kita yang ada anak kecil ni, memang kena awas selalu pada depa. Nama pun budak2, kan Ros

ummu said...

Waalaikumussalam Sue
terima ksih Sue sudi ke blog saya
maaf,saya cuba semak profil Su tapi tak jumpa profil blog Sue


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design