Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, March 12, 2012

Ribut Solar Mac, dan Cahaya Indah

Ribut Solar Mac, dan Cahaya Utara Indah

 Ribut matahari yang kuat boleh menyebabkan transformer bekalan elektrik terbakar seperti yang berlaku di Quebec, Kanada pada tahun 1989.

Solar Dynamics Observatory image of X5 solar flare on March 7, 2012. Image Credit: NASA/SDO

Gambar ultraviolet dari NASA menunjukkan Ribut Suria pada Mac 2012


This image from NASA's Solar Dynamics Observatory shows the sun as it unleashed an X5.4-class solar flare at 7:04 p.m. EST on March 6, 2012 (0002 March 7 GMT). The flare appears as the bright spot in the CREDIT: NASA/SDO


LATEST IMAGE: Aurora borealis above Yellowknife, Northwest Territories taken at 23:20 MST on March 8, 2012



Gambar Cahaya utara yang dirakamkan di Yellowknife, North West Territories, Khamis, March 8, 2012


Sekeping gambar yang diambil lewat pada 7 Mac 2012 cahaya utara di Abisko, Sweden Lapland. Cuaca ribut ruang yang terkuat dalam tempoh lima tahun melanda Bumi pada 8 Mac, 2012 menyebabkan sesetengah syarikat penerbangan Pertukaran laluan penerbangan mereka, mengancam gangguan kuasa dan mencetuskan pertunjukan cahaya utara.

NASA dan agensi-agensi lain memberi amaran bahawa ribut itu berpotensi untuk mengganggu sistem kedudukan global, satelit dan grid kuasa, dan sudah menyebabkan beberapa pengangkut udara untuk menukar laluan penerbangan kutub pesawat mereka.


YELLOWKNIFE, Kanada - Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife, kelmarin.

Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.
 
Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.

Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife. - Agensi

Ancaman ribut matahari


AWAL minggu lalu, dunia digemparkan dengan fenomena ledakan di matahari atau disebut ribut matahari. 
Adakah ini ada rentetan ramalan ahli nujum terkenal Nostradamus mengenai kemusnahan Bumi? 
Sebelum ini penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Mac 2006 pernah meramalkan ribut matahari paling dahsyat atau dikenali dengan solar maksimum akan berlaku dalam setiap 50 tahun. 
Kajian yang diketuai oleh Mausumi Dikpati daripada Pusat Nasional bagi Penyelidikan Atmosfera (NCAR) menyatakan, kitaran matahari akan menjadi lebih kuat 30 hingga 50 peratus berbanding terdahulu. 
Jika ramalannya benar, tahun 2012 dan 2013 bakal menyaksikan aktiviti matahari lebih besar daripada tragedi Solar Max 1958. 
Ledakan atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak 2005, demikian menurut pakar astrofizik Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), Doug Biesecker. 
Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia, Mhd Fairos Asillam berkata, matahari merupakan bintang. 
“Kitaran suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari adalah perubahan berkala dalam jumlah pancaran atau sinaran dari Matahari yang menyirami Bumi 
“Kitaran suria mengambil masa secara purata 11 tahun dari satu solar maksimum ke solar maksimum berikutnya dan telah diperhatikan bahawa perubahan antara sembilan hingga 14 tahun bagi sebarang kitaran suria yang diberikan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia.
Bagaimana kita menentukan bila fasa aktif matahari? 
Mhd Fairos berkata, ahli astronomi yang memantau keadaan matahari setiap hari akan melihat banyak tompokan hitam di permukaan matahari. 
“Solar maksimum adalah tempoh yang mana aktiviti solar adalah tertinggi di dalam kitaran suria bagi matahari.
Semasa solar maksimum, terdapat bilangan tompok matahari yang banyak di atas permukaannya iaitu melebihi angka 200,” katanya. 
Ini menyebabkan medan magnet matahari berpintal atau menyimpul. Akibatnya akan berlaku suar suria atau julangan bebola api yang bersaiz gergasi dari permukaan matahari dan juga ejeksi jisim korona (corona mass ejection atau CME). 
Di Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa) dan Jabatan Metereologi Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Aktiviti Matahari bagi memantau aktiviti matahari di ONL dengan kerjasama International Space Weather Initiative (ISWI) bagi memantau aktiviti matahari. 
Bagi letupan yang berlaku di matahari 23 Januari lalu, jawatankuasa berkenaan akan memantau selama enam hari sehingga Isnin. 
“Ini kerana hanya letupan yang paling hampir dengan permukaan Bumi akan dikira kerana ia mengambil masa dua hingga enam hari untuk sampai ke Bumi,” katanya.
Apabila berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga dipantau. 
“Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi ia mengakibatkan ribut geomagnetik. 
“Ribut berkenaan boleh memberikan gangguan pada lapisan ionosfera Bumi di mana terdapatnya komunikasi radio dan satelit,” katanya. 
Bagaimanapun jelas Mhd. Fairos, ribut geomagnetik biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa. 
Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan. 
“Malaysia tidak terlibat secara langsung kerana negara tidak mempunyai banyak satelit tetapi kebanyakkan satelit mempunyai panel solar. 
“Ketika itu operator satelit akan memastikan satelit berada pada mod pasif supaya fungsinya tidak terganggu,” katanya. 
Mengambil contoh Kitaran Suria ke 22 yang berlaku pada 1989 menyebabkan transformer di Quebec, Kanada terbakar dan keadaan bergelap selama sembilan jam.
Tragedi
Bagaimanapun selepas apa yang berlaku di Quebec, Kanada, menurut Fairos, saintis semakin memahami aktiviti matahari dan kerugian daripada tragedi berkenaan dapat dikurangkan. 
Bagaimanapun jika ribut berkenaan amat kuat, negara yang berdekatan dengan kutub seperti Eropah, Jepun, Rusia akan mendapat kesannya. 
“Sebab itulah aurora juga hanya kelihatan di negara berhampiran kutub,” katanya.
Negara yang berhampiran dengan Khatulistiwa lebih selamat dengan medan magnet yang melindunginya. 
Ini kerana zarah-zarah matahari datang ke Bumi dan masuk melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan. 
“Walaupun negara kita tidak terlibat secara langsung dengan ribut solar tetapi aktiviti yang melibatkan satelit mungkin terganggu. 
“Bayangkan jika telefon bimbit, kereta, trak, kapal terbang, komputer, televisyen, radio atau permainan elektronik semua tidak berfungsi. 
“Tentu ini akan melumpuhkan ekonomi negara,” katanya. 
Malah beberapa syarikat penerbangan di Eropah terpaksa mengubah laluan penerbangan daripada melalui kawasan kutub yang terdedah kepada radiasi. 
Bagaimanapun ribut solar yang diukur adalah pada skala G1 yang paling rendah atau minor kerana biarpun terdapat letupan kuat di matahari tetapi jarak yang jauh memperlahankan impak yang tiba ke Bumi. 
Mhd Fairos menegaskan ribut solar tidak memberikan sebarang kesan kepada manusia serta tidak berkaitan dengan perubahan cuaca. 
Sementara itu, ahli astronomi amatur tempatan, Shahrin Anuar berkata, selain Bumi, planet-planet yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena daripada ledakan tersebut.
“Jika Bumi menerimanya pada awal minggu lalu, planet Marikh pula merasai kesan tersebut sehari selepas itu,” katanya.
Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke Bumi dalam jangka masa satu hingga dua hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah Bumi dalam masa lapan minit.
CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer sejam menuju Bumi. 
Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.
Partikel-partikel yang terhasil daripada letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia kerana dihalang oleh medan magnet. 
Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. 
Ketika itu kesan ketara yang berlaku adalah gangguan sistem telegraf. 
Pada 1859, Bumi menghadapi fenomena ribut solar yang terbesar dan mengejutkan. 
Tindakbalas di atas permukaan matahari teramat marak sehingga menyebabkan sistem wayar telegraf di United Kingdom (UK) dan AS terganggu dan dalam kes tertentu, terbakar secara tiba-tiba. 
Sehingga rencana ini ditulis pada 27 Januari, laman web Angkasa melaporkan :Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona di kutub utara Matahari. 
Bagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai ribut Matahari setiap hari boleh layari http://www.angkasa.gov.my
 Simber artikel Ancaman ribut matahari ini dipetik daripada Utusan Malaysia

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design