Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, March 14, 2012

Selamat Pengantin baru, Datuk Malek Noor

Selamat Pengantin Baru, Datuk Malek Noor

Selamat pengantin baru untuk bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor,  56, yang selamat diijabkabulkan dengan dan isteri, Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52
Semoga pasangan mempelai bahagia hingga akhir hayat. 


Gambar Datuk Malek Noor dan isterinya, Wan Asma bergambar bersama anak-anak selepas majlis pernikahan mereka di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU 13 Mac 2012: MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama isteri hadir pada majlis persandingan Datuk Malek Noor,56, dan pasangannya Dr. Wan Asma Wan Ismail,52, di Hotel Renaissance Kota Bharu. - Utusan/ROSNI MASRI



Malek Noor kini bergelar suami

KOTA BHARU – Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.

Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini. Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Malek sah menjadi suami Wan Asma dengan sekali lafaz ketika dinikahkan oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86.

Pasangan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih gading dan membawa lima dulang hantaran berbalas tujuh serta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.



“Ini adalah jodoh yang dikurniakan Tuhan. Pada tarikh yang sama (12 Mac) tahun lepas, saya berdoa di hadapan Kaabah supaya dikurniakan seorang isteri.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, pada tarikh yang sama, saya dikurniakan seorang isteri. Ini adalah isteri pertama saya dan yang terakhir,” ujarnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malek Noor pertama dan terakhir

KOTA BHARU: “This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini,kelmarin

Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi.

Kedua-dua mempelai tampil dengan persalinan serba putih diraikan 100 ahli keluarga terdekat serta rakan.

Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun dan nenek kepada empat cucu, menerima mas kahwin dan hantaran senaskhah al-Quran selain lima dulang daripada pihak lelaki termasuk beg tangan, minyak wangi, persalinan solat, kasut, kek dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.


Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan di Hotel Renaissance, di sini,malam semalam.

Laporan Kosmo sebelum ini,Malek Noor nikah pakar kanak-kanak esok

KOTA BHARU – Seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana di sini tidak menduga sama sekali yang beliau akan menjadi suri kepada bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor.

Sambil menyifatkan jodoh tersebut sebagai ketentuan Tuhan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, berkata, mereka akan bernikah di penthouse milik beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada 12 Mac.

“Saya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan beliau memandangkan tempoh perkenalan kami begitu singkat,’’ katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di KTC semalam.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design