Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, December 28, 2012

2012 Dalam Kenangan

2012 Dalam Kenangan


2012
penuh memori
selangkah pergi
ku mendaki
cinta Ilahi
menuruni lembah
dugaan dan ujian
menduga kesabaran
seorang hamba kerdil
di sisi Pencipta Agung. 

2012
Cuti Tanpa Gaji
Yang dilalui

2012
ku kini
semakin mengerti 
erti kasih sayang
sesama Muslim 
yang bersaudara atas aqidah
pasti ada ujian
  
erti ukhuwah sejati
yang tak kan tunduk pada hasutan iblis




erti persahabatan
dan pedih pengkhianatan
dan pedih kepuraan 
 
erti persaudaraan 
terasa tulus talian 
meski tiada jalinan darah
erti pengorbanan
pada sebuah perjuangan kehidupan
erti perpisahan
pada sebuah tanggungjawab
 
erti ketabahan
ketika meniti kerikil
erti rindu
pada kehidupan harmoni
segalanya
bersatu menjadi satu

InshaAllah kuyakin
janjiMu Tuhan

"Sesungguhnya Allah bersama HambaNya yang sabar"

(Rahmat Ujian - Mestika) 


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa


Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
(repeat c/o 2x)

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

(Rahmat Ujian - Mestika)


      

.

4 comments:

mamawana said...

Assalamualaium my lovely Ummu

Nice entry.
2012 suka duka berlalu
Sedih pilu
Yang pasti
Masa hadapan
Menunggu sesuatu yg belum tentu
Tapi pasti yakin
Dengan Iman Masa hadapan
Terindu rindu

Juhariah Johari said...

Wah...
Moga sentiasa ceria walau apa melanda.
Insyallah jumpa lagi.

ummu said...

waalaikumussalam mamawana
hehe tangan terasa rajin nak nulis kak

ummu said...

kak mamawana
sedap puisi akak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design