Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, December 27, 2012

Alhamdulillah KWSP benar keluar Wang Kos Haji

Alhamdulillah KWSP benar keluar Wang Kos Haji


Alhamdulillah KWSP benar keluar RM3,000 untuk kos haji

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib, berkata permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat sudah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji. 

 

 

Sekali seumur hidup

Bagaimanapun, katanya, ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di Tabung Haji.

Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, ahli yang layak boleh ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran Tabung Haji dan buku akaun simpanan Tabung Haji yang sudah dikemaskini.

“Ahli juga diingatkan supaya mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan Tabung Haji bagi memudahkan proses permohonan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Ibrahim berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.

Sumber: Berita Harian

 






2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

bertambah lama lagi lah giliran...

ummu said...

waalaikumussalam Atuk
gitulah keadaanya tuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design