Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, December 30, 2012

Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Telah datang kepada kita bulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan kelahiran kekasihNya - Junjungan dan Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW - ke alam dunia ini. 



Apa khabar teman-teman? Alhamdulillah BAndar Kuantan hari ini matahari bersinar terang, malam tadi bulan purnama indah melatari langit malam Kuantan.

Ya Rasululluah Kami Cinta Pada Mu, klik di sini.

Majlis "Kuantan Berselawat" yang bertemakan "Cinta Rasulullah (S.A.W.), Menyatukan Ummah", telah diadakan pada: 


Tarikh: 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula 5.00pm
Lokasi: Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan
GPS: 3.773042,103.258941

Tetamu Jemputan: 
  1. Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 
  2. Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof 

Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

 
Qasidah Ya Hanana sedang popular di Malaysia. Bahkan dalam 20 Lagu Popular 2012, Ya Hanana mencapai ranking ke 11. Qasidah ini dipopularkan oleh Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf



Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

Di bawah ini teks shalawatan ya hana na habib syech






ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad


يَا هَنَانَا ya hana na Betapa Beruntungnya Kami 



ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad   Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا ya hana na Betapa Beruntungnya Kami 
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا ya hana na Betapa Beruntungnya Kami 
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ ya hana na Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا ya hana na Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami

Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا ya hana na Betapa beruntungnya kami

Sedikit info berkaitan Habib Syech:


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah jaya sebagai pedagang tapi kemudian bangkrut. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.

Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.

Terkadang Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf rutin memberikan ta’lim di Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di jawa tengah.

Jika pembaca ada informasi lanjut, dan sudi berbagi/ berkongsi informasi, silakan ya.


Sumber: Majalah Kisah Islam AlKisah No.18/25 Agustus-7 September 2008

2 comments:

Nurain Shukree said...

Saya dah beli album Sheikh tu..
Berusaha ke arah kebaikan ..
Insha Allah

ummu said...

InshaAllah
tq Nurain sudi ke sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design