Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, December 02, 2012

Apa Itu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Apa Itu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) 


Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan nama singkatan AES sedang hangat diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah ialah 'lokasi maut'. 
 
 
 

Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, agensi kerajaan mana terlibat dengan pelaksanaan AES. Dkna senaraikan agensi yang terlibat ialah :-
  1. Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan empunya (owner) kepada AES.
  2. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
    • JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
    • MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
    • JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

Ada juga yang tertanya-tanya, apa peranan PDRM di dalam AES?
  • PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  • Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  • Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
 
Sumber :  www.jpj.gov.my

http://www.dkna.my

NotaKaki :
Pendapat yang diberikan bukan untuk dijadikan isu politik.




0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design