Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, December 27, 2012

Taufan Landa Amerika Winter Storm 2012

Taufan Landa Amerika Winter Storm 2012

Christmas Storm Death Toll Up to 6 as Storm Churns North

Gambar Taufan Landa Amerika Winter Storm 2012

Rescuers work to move a driver injured in a wreck on a slick, snow-covered street in Columbus, Ind., Dec. 26, 2012. (Joe Harpring/The Republic/AP Photo)
 
 
 
 Gambar Taufan America December 2012  
RAKAMAN taufan yang melanda Mobile, kelmarin. 
- Foto REUTERS
 
 
 
Sebahagian kesan kemusnahan selepas Alabama dilanda taufan, kelmarin.
 - Foto REUTERS
 
 

 Gambar Taufan di Amerika Disember 2012

 Keadaan sebuah rumah rosak selepas dilanda taufan di Alabama. - Foto AP

- Foto AP

 Tragedi Disember 2012....

Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir , DI SINI 

Banjir di Kuantan,  di sini

Tiga terbunuh, cuaca buruk bawa salji

 ke selatan, timur Amerika

(Terkini 6 terbunuh)

Mobile: Ribut salji besar melanda selatan Amerika Syarikat bertukar kepada taufan kelmarin yang melanda beberapa negeri dan menjadi punca tiga penduduk terbunuh dalam kemalangan jalan raya.


Taufan itu dilaporkan mula menuju ke timur laut Amerika dan menjadi punca ratusan penerbangan ditunda, memberi masalah kepada penduduk yang pulang bercuti sempene Krismas. 




 


Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) melaporkan, satu taufan melanda Mobile, Alabama, yang mempunyai 200,000 penduduk pada 5 petang waktu tempatan.

Pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus selain merosakkan bangunan meskipun tiada yang maut atau cedera.

Beberapa taufan juga melanda Mississippi, Texas dan Louisiana, meranapkan rumah dan menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan.

Angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang mengenai sebuah trak pikap sekali gus membunuh pemandu manakala seorang lelaki di Lousiana berusia 53 tahun maut apabila sebatang pokok tumbang menimpa rumahnya. 



Jalan dilitupi ais

Jalan raya dilitupi ais dipersalahkan ke atas kemalangan membabitkan 21 kenderaan di Oklahoma dan peronda lebuh raya berkata, seorang wanita berusia 28 tahun terbunuh di sebuah lagi lebuh raya dekat Fairview.

Di bandar McNeill, selatan Mississippi, taufan memusnahkan 12 kediaman dan mencederakan lapan penduduk.

Kemusnahan teruk

Bagaimanapun, tiada yang parah, kata Pengarah Agensi Pegurusan Kecemasan Pearl River County, Danny Manley.

Manley berkata, kediaman penduduk tidak dapat dibina semula kerana ada yang kehilangan bumbung, atau ranap sama sekali.

Satu lagi taufan melanda Centreville, Mississippi, di barat negeri itu menyebabkan seorang cedera, memusnahkan sebuah treler, merosakkan rumah serta bangunan, kata pakar NWS di New Orleans, Tim Destri. - REUTERS 


Sumber; Berita Harian


 

 



 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

2 comments:

makchaq said...

Allah hu Akhbar..
Alhamdulillah negara kita belum pernah mengalami ribut dan taufan macam ni..

ummu said...

Alhamdulillah Allah masih lindungkan kita kan makchaq


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design