Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, June 14, 2010

Apa Yang membahagiakan kita...?

Apa Yang Membahagiakan Kita Bila Ada Cuti?

Soalan di atas berlegar-legar di fikiran saya apabila melihat anak saya asyik bertanya, "Ma, bila nak pi sekolah lagi? Lama lagi ke cuti ni?"

"Sekolah cuti 2 minggu nak. Ni baru cuti minggu pertama," jawabku.

"Kenapa tanya, nak?" tanya saya kembali. Melihat ke wajah moyoknya.

"Nak pi sekolah. Cepatlah sikit naik sekolah, kan Ma...",

Anak saya moyok sebab kami sudah kembali ke rumah kami sendiri. Setelah seminggu berada bersama ibu kandung saya, anak saya rupanya masih 'kangen' lagi dengan ibu bapa saya.

Susah juga nak memujuk anak yang rindukan atok dan neneknya. Selepas magrib tadi, anak saya menangis rindukan atoknya. lalu telefonlah sebagai pemudahcara...

Baiklah berbalik kepada topik apa yang membuatkan kita bahagia apabila ada cuti...Bagi saya, ia bahagia apabila kita dapat bersama orang yang kita sayangi dan cintai. Bagi yang sudah berumahtangga, pasti bersama pasangan dan anak-anak dalam suasana tidak terkejar-kejar punch card, tanpa meredah peak hours...adalah saat yang dinantikan. juga sudah tentu saat bersama ibubapa tercinta. Selagi mereka masih ada, inilah saatnya kita menjaga sakit pening mereka.....

Hasil perbualan ringkas dengan anak saya, dapatlah saya faham anak saya suka ke sekolah, sebab dapat jumpa kawan-kawan.

Jawapannya ringkas. Namun bagi saya ia sekan senada dengan beberapa remaja belasan tahun yang suka ke sekolah. Walaupun pelajaran mereka sangat sederhana, mereka jarang tidak datang sekolah. Ini kerana ingin bertemu kawan-kawan. Jawapan mereka, mereka berasa bahagia apabila diterima dan dihargai rakan kelompok mereka. Berjumpa kawan-kawan adalah saat yang menceriakan mereka. Lupa tekanan di rumah. Itu kata mereka...

Namun ada juga yang suka ponteng sekolah. Sebabnya? Juga sebab kawan....Kawan tak nak kawan. Kawan tak nak cakap. Kawan bocorkan rahsia. Kawan makan kawan...

OK lah berbalik kepada anak saya, nampaknya saya perlu hidupkan suasana mood cuti sekolah anak kecil saya dengan aktiviti faedah...agar anak-anak tidak asyik rindukan atok yang jauh. Atok yang dekat ni pun dah rindukan anak-anak saya.

2 comments:

Ummi Maryam said...

Salam,

Ummu, ingin berkawan itu fitrah manusia. Memang sunyi hidup kalau takde kawan. Saya, walaupun dah nikah tapi tetap memerlukan kawan dlm kehidupan. Kesian anak ummu, mesti dia boring, kena create aktiviti tu untuk dia..:)

ummu said...

waalaikumussalam Ummu Farhan

TQ Ummu Farhan. InsyaAllah, saya akan cuba membuatkan anak saya gembira melalui cuti sekolah ini. Betul kan Ummu Farhan, kita ni makhluk Allah yang perlu berkawan juga kan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design