Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, June 03, 2010

Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita


Keganasan emosi: Penderaan Buat Wanita



Seseorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik bertujuan memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi sekiranya pindaan dibuat terhadap akta keganasan rumahtangga 1994.

Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ketika ini, golongan wanita hanya dilindungi daripada penderaan fi zikal di bawah akta tersebut.

Katanya lagi, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fi zikal dan emosi. Keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri. Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan.

Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Allah S.W.T di dalam al-Quran, fi rman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik (al-Nisa’: 19).”

Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata, sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain. Setiap manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T tiada yang sempurna. Oleh yang demikian, si suami seharusnya menutup keaiban yang ada pada diri isterinya. Allah S.W.T menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.

Justeru, si suami tidak seharusnya mengaibkan isterinya hatta kepada saudara dan sahabat handainya. Ini kerana setiap keaiban yang ada pada isteri merupakan cermin bagi suami. Hakikatnya suami yang mengutuk atau memalukan si isteri secara tak langsung mengaibkan dirinya sendiri.

Dalam hal ini suami harus bijak menangani sebarang masalah yang berlaku dan jangan hanya sekadar menunding jari menyalahkan pasangan.

Begitu juga si isteri harus tahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan cantik untuk suaminya. Dalam satu petikan artikel Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam melalui siri wanita Anggun keluaran MW baru-baru ini ada berkata sekiranya muncul konfl ik dalam rumah tangga, hendaklah suami isteri mengambil langkah-langkah penyembuhan yang diajar melalui al-Quran dan Al-Sunnah Rasullah SAW supaya keretakan itu dapat disambung semula dengan izin dan reda Allah SWT.
- Mingguan Wanita Jun 2009

12 comments:

NzA said...

sedihkan kalu suami komen camtu....yelh kalu dh tua wat camne pn dh xcantik masa muda2 dulu....yg penting suami pilih kita bkn krn kecantikkn ttp hati....

ummu said...

Betul Kak NZA
kecanyikan pasti kan pudar seriring waktu...

Hairun Azmi said...

Pelbagai jenis penderaan ada yer...

Acik Erna said...

salam ummu..alhamdulillah..walaupun akak dah tua..suami tak pernah komen atau komplen..tetap jaga hati hati..dari muda dulu hingga kini..walau pun dah masuk tahun yang ke 28...

Acik Erna said...

salam ummu..alhamdulillah..walaupun akak dah tua..suami tak pernah komen atau komplen..tetap jaga hati hati..dari muda dulu hingga kini..walau pun dah masuk tahun yang ke 28...

Nida n' Hanafi said...

Cantik itu subjektif.. kecantikan perlu diseiringkan dengan usia..

halimatun said...

penderaan emosi lagi susah nak ubatkan..sabor jela kalau dapat suami mcmni..

ummu said...

Yelah Bro Mie.macam2 ada sebenarnya.

ummu said...

waalaikumussalam Kak Erna....
MasyaAllah, 28 tahun..dan suami akak seorang yang baik.Bahagianya saya membaca pengalaman akak itu.Tahniah ya kak..

ummu said...

Benar kan Nida,cantik itu subjektif..

ummu said...

Atun betul penderaan emosi ni sukar dikenalpasti melainkan mangsa menyedari situasi yang berlaku.

akmaomar said...

Salam...Ada dua jenis penderaan yang boleh kita kategori kan sebagai penderaan fizikal dan mental. kedua-duanya boleh mengakibatkan tekanan pada wanita.

Cuma saya ingin nyatakan disini kita wanita haruslah sentiasa kuat, jgn hanya dengan kata2 yg keluar dari mulut suami kita membuatkan kita semakin lemah..sentiasa berani dan tegas untuk melakukan perubahan pd diri kita tetapi tetap berlandaskan Agama Islam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design