Cerita Kuih Raya dan Berhati-hati di Jalan Raya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bahang Aidilfitri semakin dirasa. Di sana sini, ramai berbicara tentang persiapan hari raya. Ada yang dah bersiap sedia nak balik kampung. Mood balik kampung, oooo balik kampung.
Saya pun sudah membeli beberapa jenis kuih hari raya saya untuk mertua.
Kuih tart gulung nenas ni RM25.
Tat Nenas Gulung, 50 biji, RM25. Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.
Kuih Coklat Rangup, 50 biji RM25. Pun kawan saya yang buat.
Tat Itik DiGi Inti Nenas , 50 biji, RM25.
Kawan saya, seorang suri rumah kat sini yang buat.
Kuih Tart Keju, Perasa Strawberri. Kuih ni antara goodies yang kami dapat semasa hadir Program Educational Blog Summit 2011 lalu di UPSI, Tanjong Malim.
Enak dan lazat, menurut kata kawan-kawan saya. Mungkin sebab ia dibuat daripada butter. Nak kuih ni?Kat KL nun, Ina 012 219 0461
Laluan Maut Dikenalpasti, di Johor, JPJ kenal pasti 13 ‘laluan maut’
JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 laluan sebagai ‘jalan maut’ di negeri ini yang perlu menjadi ingatan kepada semua pemandu untuk lebih berhati-hati ketika melaluinya, berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri terutama menjelang cuti sekolah atau musim perayaan.
Antara laluan itu Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi; Kota Tinggi-Pengerang; Johor Bahru-Skudai; Johor Bahru-Pontian; Kota Tinggi-Mersing-Endau; Mersing-Kluang; Skudai-Kulai-Simpang Renggam; Kulai-Kota Tinggi; Pontian-Batu Pahat-Muar; Batu Pahat-Ayer Hitam; Muar-Yong Peng; Muar-Batu Pahat dan Muar-Tangkak.
Pengarah JPJ negeri, Johari Yusof, berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di semua laluan terbabit selain jalan biasa serta lebuh raya dalam usaha pencegahan kemalangan jalan raya.
“Pemantauan ini perlu untuk memastikan keselamatan pengguna ketika pulang bercuti meraikan Aidilfitri ini sentiasa selamat dan terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.
“Selain memberi tumpuan kepada jalan terbabit, semua anggota JPJ juga akan membuat rondaan di laluan yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
“JPJ berharap semua pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dengan meningkatkan kesabaran, lebih berhemah dan berdisiplin ketika memandu kenderaan masing-masing, " katanya di sini, semalam.
Johari berkata, kebanyakan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri dan mereka perlu memastikan kenderaan masing-masing berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
“Rondaan 24 jam di ‘jalan maut’ itu sudah dimulakan sejak 14 Ogos lalu, membabitkan tempoh dua minggu sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.
“Pemandu kenderaan yang dikesan kesalahan lalu lintas akan disaman serta merta oleh anggota penguat kuasa JPJ yang melakukan rondaan pencegahan kemalangan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya, " katanya.
Katanya, Operasi Balik Kampung Aidilfitri 2011 yang dijayakan JPJ dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 14 Ogos lalu diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat kecuaian pemandu.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
5 comments:
menarik betul kuih itik tuh..sure sayang nak makan tuh :)
selamat hari raya kak
moga happy di hari lebaran
maaf zahir batin
assalamualaikum ummu,
wah..sedap2 nmpak kuih yg di order tu...x pernah jumpa kuih tat itik Digi inti nenas...kzue syg nak mkn itik2 tu :)
kzue hampir2 nak kena kemalangan di jln muar-yongpeng dimana van yg dipandu adik kzue brpusing hampir2 nak jatuh ke parit..alhamdulillah kami semua selamat.
ummu..Selamat hari raya maaf zahir dan batin jemput ambil kad raya.
Assalam
Sedapnyer tart nenas.. yg macam anak itik tu cutenyer...
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/08/berbuka-dgn-bangla.html
masa raya , rasanya tak laku sangat pun, lepas raya yang baru nak aqiqah biskut raya kan..hehe
Follow, dan pinjam gambar kuih raya.
http://scarlettj1.blogspot.com/2012/08/mood-raya.html
Post a Comment