Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, March 04, 2012

Puting Beliung Landa Amerika

Puting Beliung Landa Amerika

  
Apakah begini keadaan Puting beliung, atau tornado itu berlaku?
Semoga Ummu Syuhada, sekeluarga, selamat.. di sana. 
Beliau ialah follower dan add blog picisan saya ini.
Blog beliau, dengan entry terakhir Kuih bakar Pandan di sini.


KEMUSNAHAN kediaman akibat puting beliung di Henryville, Indiana dilihat dari udara.

 ANGGOTA bomba membantu membersihkan kediaman yang dilanda puting beliung di Milton, Kentucky.

Hubungan darat di Indiana, Kentucky terputus, 29 terbunuh sejak kelmarin

HENRYVILLE: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.

Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung.

Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus.



Di Kentucky, anggota Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan bertungkus-lumus melakukan kerja mencari mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap.

DI Indiana, pihak berkuasa meredah jalan gelap akibat terputus bekalan elektrik bagi meninjau kawasan perumahan di beberapa kejiranan yang musnah sama sekali.

“Kami tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum hari menjelang siang. Buat masa ini kami akan melakukan segala yang terbaik,” kata Syerif kawasan Clark County, Indiana, Mejar Chuck Adams.

Di Henryville, bandar kecil dengan 2,000 penduduk di utara Louisville, Kentucky, anggota penyelamat meredah jalan yang dipenuhi sampah sarap sambil membawa troli berisi makanan dan air untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukan.

Beratus-ratus anggota bomba dan polis membuat rondaan di bandar yang musnah dengan hanya beberapa bangunan masih bertahan, manakala semua sekolah di bandar itu musnah.

“Saya kehilangan semuanya. Dulu kawasan ini cantik, sekarang semuanya sudah tiada,” kata seorang penduduk Andy Bell, ketika beliau membantu seorang rakan di bengkel kenderaannya yang rosak.

Tidak jauh dari situ sebuah bas sekolah terperosok ke dalam sebuah restoran, manakala sebuah kerusi tersangkut di pintu sebuah kereta.

Seorang lagi penduduk, Susie Renner, 54, berkata beliau melihat dua puting beliung membadai Henryville selang beberapa minit antara satu sama lain. Puting beliung pertama berwarna cokelat akibat dipenuhi sisa sampah, manakala yang kedua berwarna hitam.

“Saya seorang pengkaji dan pemburu puting beliung, tetapi saya tidak pernah berasa begini takut seumur hidup saya,” katanya.

Puting beliung kelmarin melanda hanya dua hari selepas ribut kencang mengorbankan 13 orang di Barat dan Selatan Amerika. Menjelang jam 10 malam, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan 269 amaran puting beliung, sedangkan hanya 189 amaran dikeluarkan sepanjang Februari. – AP 

Petikan daripada Kosmo

Korban puting beliung AS cecah 28 orang, sebuah bandar musnah

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Pasukan penyelamat memulakan operasi mencari mangsa semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda tengah AS dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala sebuah bandar musnah.
Trak dan pokok dihumban seperti alat permainan apabila puting beliung membadai lima buah negeri di AS kelmarin.
Beberapa pegawai memberitahu, angka kematian di negeri Indiana mencecah 13 orang kelmarin.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Awam Kentucky pula mengesahkan 12 orang terbunuh akibat bencana puting beliung di negeri berkenaan setakat ini.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kentucky, sebanyak 13 puting beliung melalui negeri itu kelmarin.
Dua lagi kematian dilaporkan oleh pihak berkuasa di negeri jiran, Ohio.

Bandar Marysville yang terletak sekitar 65 kilometer dari Louisville, Kent
ucky musnah sama sekali dalam bencana berkenaan. - AFP

2 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

Insya'Allah, mudah-mudahan kak Nadiah Sidek sekeluarga selamat. Diorg kat Lincoln. untuk keluarga Hafiz Izza juga

ummu said...

Ash,
Amin.
doa seorang sahabat kan Ash


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design