Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, June 13, 2012

AkuHIVPositif Blog Sokongan Komuniti, Jom Jengah

AkuHIVPositif Blog Sokongan Komuniti, Jom Jengah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebut tentang HIV AIDS, rasanya kita semua tahu apa penyakit ni. Sejak di sekolah, kita sudah didedahkan dengan penyakit ini.

Melalui Pendidikan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah, telah ada silibus khas berkaitan Pendidikan HIV/AIDS ini.

Namun dalam dunia hari ini, mangsa HIV AIDS tidak mengenal siapa. Dalam pada itu, stigma dan pemahaman yang betul berkaitan HIV AIDS jarang kita ketahui.

Melalui blog peribadi seorang individu yang saya ikuti catatannya sejak awal kemunculan blog itu hasil carian saya di internet, akhirnya saya temui blog itu pada April 2011.

Saya tak kisah siapa yang tulis. Apa yang saya tahu dan saya yakini,walaupun tak tahu dengan baik dan tak pernah berjumpa si empunya blog, saya dapat merasakan  penulis blog seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat mengikut garis panduan Islam.

Namun ujian Allah menimpa dirinya, dan isteri-isterinya serta anak-anaknya...Apabila dia disahkan HIV Positif. Menyoroti tulisannya dari awal dan melihat komentor pengunjung, juga semakin bertambahnya kumpulan sokongan dalam blog tersebut, saya rasa pasti blog ini telah membawa kebaikan kepada pesakit HIV di luar sana.

Mungkin, inilah, antara hikmah di sebalik Musibah Allah yang berat dan pahit untuk ditelan.

Di blog ini, ada diterangkan cara jangkitan HIV AIDS merebak, cara menangani penyakit ini dan cara membina hidup positif dalam hidup ini walaupun telah dijangkiti HIV AIDS.

Pada saya, sebagai seorang OKU fizikal, blog ini juga memberi suntikan motivasi kepada saya.

Subhanallah. Bukankah setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad SAW, itu akan diuji, dengan ujian yang sebenarnya di rinya mampu hadapi. InshaAllah.


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah al-Ankabut ayat 2-3

Ya. Dalam hidup ini, kita akan sentiasa diuji. Semua itu ada benih kebaikan sebenarnya.

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya."
- Hadith Riwayat Imam Muslim

 Di sebalik kesulitan, Allah anugerahkan kemudahan.

Di saat kita ditimpa musibah, Usah sekali kita bertanya mengapa Allah beri akau begini dan begini.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216



“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87


Jom jengah http://akuhivpositif.blogspot.com/

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Allahuakbar
Allah tidak menguji hambaNya dgn ujian yg tidak mampu hambaNya tanggung

Moga Allah permudahkan

ummu said...

waalaikumussalam Atuk
terima aksih Atuk atas komentor Atuk,semoga bro AHP ada membacanya.

umialya/k.tini said...

kdg2 ia kesilapan dimasa lampau, moga mereka tabah hadapi ujian ini, sesungguhnya Allah itu maha pengampun

Kakzakie said...

Kakak pun ada mengikuti bagaimana dia mula dapat jangkitan dulu dan bagaimana cucu dia pernah bertanya bagaimana jangkitan HIV itu dia perolehi. Ada org tak tahu mesti fikir dia buat tak baik. Tapi itulah silap manusia dia yg menanggung Ummu.. tapi dia kini pasrah dan kuat melawan disamping berdoa pada Allah..

insan_marhaen said...

IM juga selalu singgah ke blog ini. walaupun tak baca sangat isinya kerana agak berat dan kurang arif tapi IM kagumi kegigihannya menulis untuk komunitinya sendiri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design