Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, June 19, 2012

Tawaran Saham FGVH Majoriti Peneroka Setju

Majoriti peneroka terima tawaran saham FGVH




MOHD. ISA (dua dari kiri) menyampaikan replika kad ahli alumni Kolej Yayasan Felda kepada Ruzman Awang di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga di Bentong semalam.

2012/06/17

BENTONG: Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau berkata, hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.
"Penyenaraian FGVH dijadual 28 Jun di Bursa Malaysia, dan kami menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuashati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.


"Tawaran saham sebanyak 800 unit adalah wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat, manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.

"Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGVH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini, hari ini.

Beliau berkata penyenaraian FGVH itu bertujuan mengangkat status ekonomi dan sosial masyarakat Felda secara holistik dan tidak ada sebab masyarakat Felda tidak menyokong usaha baik yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Isa berkata, peneroka FELDA adalah golongan bertuah kerana mereka disediakan saham FGVH walaupun tanah milik mereka tidak terbabit dalam penyenaraian itu.
Beliau berkata, peneroka mendapat 22.5 peratus saham iaitu 2.5 peratus saham tunai 800 unit, manakala 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan peneroka atau waris mereka akan mendapat dividen pada setiap tahun.

"FELDA akan turun padang ke setiap wilayah FELDA bagi menerangkan kedudukan sebenar pegangan saham peneroka kerana ramai yang tidak faham akibat hasutan pembangkang yang gemar mengelirukan peneroka," katanya.

Pengerusi FELDA itu turut menegur segelintir peneroka yang masih menyokong pembangkang walaupun kerajaan pimpinan perdana menteri telah meletakkan mereka pada kedudukan yang sangat istimewa dalam komuniti masyarakat Malaysia. - BERNAMA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design