Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, June 22, 2012

Situasi tegang di Mesir memuncak


Situasi tegang di Mesir memuncak

 

BEBERAPA penyokong membawa sepanduk dan potret calon Ihkwanul Muslimin, Mohamed Morsi dalam tunjuk perasaan
di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. 

KAHERAH - Situasi tegang di Mesir memuncak semalam selepas pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ichwanul Muslimin memberi amaran konfrantasi akan berlaku sekiranya calon mereka, Mohamed Morsi tidak dinamakan sebagai Presiden Mesir yang baharu.
Kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya Presiden yang diadakan pada 16 dan 17 Jun lalu meningkatkan kebimbangan Ichwanul Muslimin bahawa pemerintah tentera merancang untuk merampas kuasa.

Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin turut memberi kata dua bahawa keadaan buruk akan tercetus jika pesaing Morsi yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan.

Terdahulu, suruhanjaya pilihan raya menyatakan, pihaknya terpaksa menangguhkan pengumuman rasmi keputusan pilihan raya yang dijadualkan semalam.

Kelewatan tersebut ekoran suruhanjaya berkenaan masih menyiasat dakwaan penipuan daripada kedua-dua calon yang bertanding.

Akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram melaporkan, kempen Shafiq menuduh pasukan gerak kerja Morsi mencetak hampir sejuta kertas undi palsu.


Bagaimanapun, Morsi dalam kempen pasca pilihan raya menafikan tuduhan tersebut.
Sebaliknya, beliau menuduh kem Shafiq merasuah pengundi.

Perkembangan membimbangkan itu berlaku ketika bekas Presiden Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak sejak kelmarin.
Bekas pemimpin berusia 84 tahun itu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat di sebuah hospital tentera di sini selepas diserang strok di penjara. - AFP (Kosmo Online)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design