Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, June 08, 2012

Sawah digenangi air laut di Alor Star

Sawah digenangi air laut di Alor Star

Salam ketabahan buat saudara mara khususnya makcik saudara dan pakcik saudara yang menjadi pesawah di sana. Pasti ada hikmah di sebalik musibah ini. Artikel berita daripada Kosmo.

Sawah digenangi air laut di Alor Star


MOHD. JOHARI (tiga dari kanan) melawat sawah padi yang dimasuki air laut berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Kuala Kuar, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kawasan sawah padi seluas 62 hektar yang terletak di sepanjang persisiran pantai di negeri ini dan Perlis dikhuatiri terjejas akibat digenangi air laut ekoran kejadian ombak besar sejak kelmarin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, fenomena air pasang besar itu menyebabkan tiga kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis dan Kedah dilimpahi air masin.

Katanya, kawasan sawah yang terjejas ialah di Kampung Alor Akoi, Sungai Padang di Perlis serta Kampung Padang Garam dan Kampung Kuala Kuar di Sungai Dua di Kedah.


“Kira-kira tujuh hektar sawah terjejas di Kampung Alor Akoi, 35 hektar di Kampung Padang Garam dan 20 hektar di Kampung Kuala Kuar,” katanya selepas melawat sawah digenangi air laut di Kampung Kuala Kuar di sini semalam.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design