Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, June 27, 2012

Kasih Sejati Isteri Kepada Suami OKU

Kasih Sejati Isteri Kepada Suami OKU



Orang ramai yang inginkan menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ahmad Daniel di talian 012-2216605 atau e-mel molldanny@gmail.com.

SUBANG JAYA: Atas nama cinta, dia sanggup mengahwini suaminya, dua tahun lalu yang ketika itu lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan. Namun, dugaan sekali lagi menimpa apabila Molee Kamal, 36, yang sepatutnya menjadi ketua keluarga mereka disahkan pula menghidap kanser buah pinggang tahap empat sejak Mac 2010.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Molee dan suami, Ahmad Daniel Sharani, 36, yang tidak bekerja kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hingga RM17,000 bagi membeli ubat untuk Molee bagi tempoh dua bulan.

Molee, pereka laman web di sebuah syarikat penerbitan di Shah Alam, berkata dia disahkan menghidap penyakit itu beberapa hari selepas ulang tahun pertama perkahwinan mereka 4 Mac 2010.

“Pada mulanya saya lenguh-lenguh badan dan perut tidak selesa seperti kembung perut. Doktor mengesyaki buah pinggang bernanah, namun apabila melakukan ujian biopsi, terdapat darah pada buah pinggang dan pemeriksaan selanjutnya disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap 1,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.


Molee berkata, kira-kira sebulan kemudian dia berasa sakit kembali dan selepas diperiksa, kanser itu merebak ke bahagian tulang belakang, rusuk dan salur pernafasan.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya mula terfikir bagaimana untuk menjaga Ahmad Daniel dan saya bimbang saya tidak mampu melakukannya dengan keadaan saya sekarang,” katanya.

Molee berkata, dia perlu menjalani rawatan radioterapi selain mengambil sejenis ubat untuk kemoterapi berharga RM4,500 sekotak untuk tempoh sebulan.

Katanya, syarikat pengeluar ubat itu memberi tawaran kepadanya supaya membeli 17 kotak ubat berkenaan bernilai RM54,000 dan selepas itu bekalan ubat diberikan percuma seumur hidup.
“Kami berjaya mendapat bantuan beberapa pihak dan berjaya mengumpul wang sebanyak itu untuk membeli ubat berkenaan. Namun, selepas membeli ubat itu, kami diuji lagi apabila doktor memaklumkan pemeriksaan terbaru mendapati kanser itu merebak dan ubat digunakan itu tidak lagi berkesan.

“Mereka menawarkan sejenis ubat lebih berkesan tetapi harganya RM17,000 sekotak. Setiap kotak mengandungi 30 biji kapsul perlu dimakan sebiji sehari. Namun kami ditawarkan dengan setiap pembelian, sekotak percuma bulan depan.

“Maksudnya dalam setahun, kami perlu membeli lebih kurang empat kotak ubat dengan jumlah keseluruhan RM68,000. Kos ini tidak termasuk kos rawatan dan bil perubatan lain,” katanya yang menggunakan ubat berkenaan dua bulan lalu.

Molee berkata, dengan keadaan suaminya tidak boleh bekerja dan pendapatannya tidak mencukupi, dia buntu memikirkan masalah itu.

Orang ramai yang inginkan menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ahmad Daniel di talian 012-2216605 atau e-mel molldanny@gmail.com.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design