Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, June 08, 2012

Serpihan limbungan Tsunami Jepun hanyut ke pantai AS

Serpihan limbungan hanyut dari Jepun ke pantai AS



SERPIHAN limbungan dari Jepun terdampar di pantai Agate, Oregon pada Selasa lalu.-AFP

PORTLAND, Oregon - Sebuah serpihan limbungan yang hanyut dari timur laut Jepun semasa kejadian tsunami berlaku pada 11 Mac tahun lalu telah ditemui di pantai Agate, Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Serpihan sepanjang 20 meter panjang yang diperbuat daripada logam dan konkrit itu ditemui terapung di luar pantai tersebut pada Isnin lalu.

Beberapa orang yang melihat serpihan itu menyatakan ia adalah sebuah tongkang.
Ia kemudian dihanyutkan ke pantai Agate, 160 kilometer ke barat daya Portland.


Kakitangan Jabatan Rekreasi dan Taman Oregon kemudian menghubungi seorang diplomat Jepun berhubung penemuan tersebut.

Seorang diplomat Jepun mengesahkan bahawa ia merupakan serpihan limbungan yang hanyut semasa tsunami berlaku.

Ia hanyut sejauh 8,850 kilometer merentasi Lautan Pasifik.

Menurut Timbalan Konsul di Pejabat Konsulat Jepun di sini, Hirofumi Murabayashi, pengesahan itu dibuat berdasarkan tulisan bahasa Jepun yang terdapat pada serpihan tersebut.

Ia dipercayai serpihan terapung dari Jepun yang paling besar ditemui setakat ini di AS. - Agensi

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design