Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, June 20, 2012

Garis panduan Paras Hutang isi rumah terkawal

Garis panduan pastikan paras hutang isi rumah terkawal


2012/06/20

PELAKSANAAN Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab adalah bagi memastikan paras keberhutangan isi rumah sentiasa pada tahap terkawal.

Ia sekali gus menggalakkan sektor isi rumah untuk terus menikmati kemudahan pinjaman mengikut kemampuan kewangan.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai ketika menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, sejak garis panduan itu dikuatkuasakan 1 Januari lalu, sistem perbankan merekodkan pertumbuhan pinjaman sektor isi rumah pada kadar 11.7 peratus pada akhir April 2012, sedikit perlahan berbanding 12.9 peratus pada akhir tahun lalu.
“Bagaimanapun, secara keseluruhannya, pemberian pinjaman kepada sektor isi rumah pada 2012 dijangka terus meningkat sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa tetapi pada tahap yang sederhana berbanding tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, dengan adanya garis panduan ini, jumlah mereka yang muflis akan dapat dikurangkan berikutan statistik Jabatan Insolvensi sehingga April lalu, menunjukkan 241,740 rakyat Malaysia muflis dengan 25 peratus daripada mereka gagal membuat pembayaran balik bagi pinjaman kenderaan.

Azmin dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Bank Negara bercadang untuk melonggarkan syarat pinjaman bagi membeli kenderaan.

Lim berkata, kerajaan akan memastikan pengguna mendapat akses kepada pembiayaan mengikut keperluan dan keupayaan masing-masing serta mengarahkan institusi kewangan bersikap proaktif.
Katanya, ia bagi memastikan permohonan daripada peminjam yang layak terus mendapat akses kepada pembiayaan dan tiada kelewatan dalam proses pembiayaan pinjaman.

“Bank Negara sudah memperkenalkan program pendidikan kewangan, iaitu Pengurusan Wang Ringgit Anda atau POWER! yang bertujuan mendidik individu pengurusan kewangan yang sewajarnya,” katanya.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design