Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, September 07, 2012

Bayi mati tersedak susu

Bayi mati tersedak susu

 Georgetown: Seorang bayi lelaki berusia 17 hari meninggal dunia akibat tersedak susu botol di kediaman keluarganya di Desa Indah Relau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Ng Kian Weng ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang baru bangun tidur. 

 

Bimbang dengan keadaan bayinya itu, ibu mangsa mengejutkan suaminya dan terus membawa Kian Weng ke sebuah hospital swasta untuk pemeriksaan lanjut. Doktor memaklumkan bayi sudah meninggal dunia dan pasangan berkenaan disarankan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.


Beri susu botol 2 jam sebelum kejadian

Menurut sumber, dua jam sebelum kejadian itu, ibu mangsa memberi susu botol kepada bayi itu selepas anaknya dikatakan menangis kerana kelaparan.

Wanita itu kemudian menidurkan bayinya, sebelum dia turut tertidur. Sebaik tersedar daripada tidur beberapa jam kemudian, dia memeriksa keadaan bayinya. Wanita itu terkejut apabila mendapati anaknya itu sudah tidak bergerak dan mukanya bertukar menjadi biru sebelum dia mengejutkan suaminya, katanya.
Selepas bedah siasat dilakukan, seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa dilihat membawa keluar mayat mangsa dengan keranda untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian menerima laporan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tersedak susu.

sumber; BERITA HARIAN

u

 

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design