Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, September 07, 2012

Peneroka FELDA nafi hilang tanah

Peneroka FELDA nafi hilang tanah
Peneroka nafi hilang tanah

Sumber; Berita Harian, 06/09/2012 - 08:21:52 AM

Bentong: Kira-kira 616 peneroka FELDA Lurah Bilut, dekat sini menafikan tanah milik mereka akan hilang seperti didakwa pembangkang susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


Mereka menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan antara usaha menggagalkan rancangan kerajaan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di situ dalam jangka panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaruddin Mat Doaa, berkata isu pindah milik tanah itu sengaja dimainkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

“Itu semua fitnah. Sehingga kini, geran masih ada pada kami dan tidak diambil seperti didakwa. Pembangkang sengaja mahu memporak-perandakan peneroka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, pembangkang dan Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mendakwa tanah peneroka akan diambil dalam proses penyenaraian FGVH, Jun lalu.

Tiada tanah diambil

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada tanah peneroka akan diambil bagi tujuan itu.
Kamaruddin yang bersyukur dengan penyenaraian FGVH itu, berkata peneroka berterima kasih dengan kerajaan kerana sudah terlalu banyak nikmat diperoleh sejak lebih 50 tahun lalu.

Generasi kedua peneroka, Zulkifli Yunus berkata, usaha pihak luar cuba untuk meracuni pemikiran penduduk tidak akan berjaya berikutan mereka mengetahui situasi yang sebenar.

Sokong usaha kerajaan

“Kami menyokong usaha kerajaan kerana ia memberi manfaat kepada peneroka. Dakwaan ia akan merugikan peneroka adalah tidak tepat dan berniat jahat,” katanya.

Pendapat itu disokong Abdul Mutalib Abu Bakar yang menyifatkan dakwaan terbabit tidak berasas.

“Kami yakin dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan. Sudah pasti Perdana Menteri tahu apa yang terbaik untuk kami,” katanya.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design