Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, September 04, 2012

Terkini Jerebu di ibu negara masih di tahap sederhana

Terkini Jerebu di ibu negara masih di tahap sederhana

Gambar Hiasan: API Jun 2012

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini masih di tahap sederhana dengan Nilai, Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 93.

Selain itu, bacaan di 40 lokasi lain termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berada pada tahap sederhana iaitu di bawah 80 setakat 11 pagi ini, dengan Kuala Lumpur mencatat bacaan 76, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, jurucakap bahagian udara jabatan itu berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan punca keadaan jerebu di ibu negara hari ini, namun keadaan itu dijangka tidak berpanjangan.

"Bagaimanapun keadaan itu bergantung kepada cuaca, kerana jika cuaca kering sepanjang minggu ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Meteoroloji Malaysia, jerebu mungkin boleh berlarutan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober ini.


Bulan lalu, jerebu turut melanda negara berikutan cuaca panas berterusan di rantau ini yang menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan, termasuk kebakaran tanah gambut di Bestari Jaya, Selangor dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia yang mencatat lebih 400 titik panas.

Bagaimanapun keadaan berjerebu itu berkurangan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos lalu. -
BERNAMA

Pulau Pinang dilanda jerebu sederhana



BUTTERWORTH: Beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini mengalami jerebu sederhana dengan jarak penglihatan empat hingga enam kilometer.
Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata setakat ini catatan yang diambil sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya di sini ialah 65.

"IPU yang dicatat itu diambil melalui bacaan 24 jam yang dibuat sejak semalam dan hari ini, keadaan sedikit jerebu itu berikutan cuaca kering dan tidak hujan sejak beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata IPU yang dicatatkan di Perai 55 manakala di Universiti Sains
Malaysia (USM) ialah 56.

"Keadaan ini masih lagi di tahap sederhana dan tidak membahayakan," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2011/02/09


Apakah Itu Jerebu?

sumber maklumat:wikepedia

Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
  • Pembakaran terbuka
  • Pembukaan tanah
  • Penggunaan kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
 
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun  barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
  • Tempoh cuaca kering yang panjang
  • Keadaan atmosfera yang stabil
  • Sumber pencemaran yang pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. 

Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.

Bagaimana Jerebu Menghilang?

Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
  • Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
  • Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
  • Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
  • Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
  • Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
 Adakah Jerebu Berbahaya?

Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. 

Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia  

IPU PENGKELASAN
0 - 5 Sihat
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
> 300 Berbahaya


Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan 

KETEBALAN JARAK PENGLIHATAN MENDATAR
Tersangat Tebal < 500
Sangat Tebal 500 - 2000
Sederhana Tebal 2000 - 5000
Kurang Tebal 5000 - 10 000
Terang > 10 000


Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu
  • Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini
  • Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
  • Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangakan jerebu.


0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design