Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, September 07, 2012

Konsep nusantara Malaysia-Indonesia dipertahan

Konsep nusantara Malaysia-Indonesia dipertahan

JAKARTA 6 Sept. - Penyatuan konsep nusantara akan terus dipupuk oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengekalkan jalinan persahabatan yang akrab dengan Indonesia.

Konsep berkenaan jelas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selama ini telah memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara jiran itu.


Sehubungan itu, kerajaan jelas beliau, akan terus menggerakkan usaha bagi memastikan banyak program termasuk dalam bidang bahasa, budaya dan sejarah dapat dilaksanakan secara lebih bermakna bagi mengukuhkan lagi hubungan di peringkat rakyat kedua-dua negara.

Antara usaha terbaru yang akan menjadi landasan konsep berkenaan adalah melalui penubuhan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI).

"Kami akan berjuang dan mencari jalan bagaimana konsep kenusantaraan itu terus kita pupuk bersama dan dijayakan demi bahasa kita yang satu, demi kebudayaan kita yang menyeluruh dan mencakupi antara satu dengan lain," katanya.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design