Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, September 03, 2012

Dayus Jika Benarkan isteri dan anak bersama lelaki lain di rumah

Dayus Jika Benarkan isteri dan anak bersama lelaki lain di rumah

Persoalan Agama Bersama Ustaz  Zahazan Mohamed: 

 Dayus benar isteri, anak bersama lelaki lain di rumah

Perbuatan keji zaman sekarang suami rela ahli keluarga buat dosa

Soalan: 
 
Ustaz, apa hukumnya jika isteri suka meminta cerai, tetapi suami enggan menceraikannya. 
 
Kedua, boleh ustaz jelaskan maksud dayus? 
 
Apakah berdosa isteri ada rasa cinta dengan lelaki lain selain suaminya. Terima kasih ustaz.

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan manusia, Allah haramkan atas mereka syurga: peminum arak, penderhaka (kepada orang tuanya) dan dayus (iaitu) yang merelakan kekejian berlaku dalam keluarganya.” (Riwayat al-Bukhari)
RIFA’I,
Ipoh, Perak.


Jawapan:

Ada kalangan wanita, apabila berlaku perselisihan dengan suami, mereka menggunakan jalan pintas iaitu minta cerai. Ada juga perceraian disebabkan suami tidak mampu memberi nafkah seperti diingini isteri.

 
Padahal keputusan diambil hanya disebabkan pengaruh daripada sebahagian keluarga atau jiran yang memang hendak merosakkan keluarga orang lain. Malah, ada yang melawan suami dengan kata-kata, “jika kamu lelaki, ceraikan saya”.

Perceraian menyebabkan anak tidak terurus dan kadang-kadang diakhiri dengan perasaan menyesal pada waktu penyesalan tidak lagi berguna. Nyatalah hikmah syariat mengharamkan perbuatan isteri meminta cerai.

Diriwayatkan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa saja wanita yang minta diceraikan suaminya tanpa alasan dibenarkan, maka haram baginya bau syurga.”

Hadis lain yang diriwayatkan Thabrani, daripada Uqbah bin Amir menyebut: “Sesungguhnya wanita yang melepaskan dirinya dan memberi harta kepada suami supaya diceraikan, mereka orang munafik.”

Bercerai untuk pelihara diri dan agama

Jika memang ada sebab yang dibenarkan menurut syarak seperti suami suka meninggalkan solat, minum minuman keras, mengambil dadah, memaksa isteri melakukan perbuatan haram, tidak memberi hak isteri, maka dibolehkan isteri meminta cerai untuk memelihara diri dan agamanya.

Bagi soalan kedua, seorang suami hilang rasa cemburu dan merelakan kekejian berlaku dalam keluarganya disebut dayus.

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan manusia, Allah haramkan atas mereka syurga: peminum arak, penderhaka (kepada orang tuanya) dan dayus (iaitu) yang merelakan kekejian berlaku dalam keluarganya.” (Riwayat al-Bukhari)

Antara bentuk perbuatan dayus pada zaman sekarang adalah menutup mata terhadap anak perempuan atau isteri berhubung dengan lelaki lain dalam rumah atau merelakan ahli keluarga wanita berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram.

Cinta halal dan cinta haram


Untuk soalan terakhir, cinta terbahagi kepada dua. Ada cinta halal dan ada cinta haram. Perkara yang jelas halalnya iaitu suami menyintai isterinya dan isteri menyintai suaminya atau lelaki yang bertunang menyintai tunangnya, begitu juga sebaliknya.

Contoh bagi cinta yang jelas haramnya, seorang lelaki menyintai
isteri orang lain, kemudian dia memperdayanya, merosakkan akal fikirannya dan merosakkan hubungannya dengan suami dalam rumah tangga. Akhirnya wanita itu mengkhianati rumah tangganya.

Perkara seperti ini satu kesalahan. Sabda Baginda SAW: “Bukan daripada golongan kami orang yang merosakkan hubungan antara seorang wanita dengan suaminya.”

 

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design